Tuesday 17 September 2013

Budak nak beralih bulan ..

Gambar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t.. Beberapa hari lagi, Zara dah nak masuk umur 2 bulan.. Orang-orang tua kata, budak kecil ni, kalau nak beralih bulan, ada je 'perangai' baru yang muncul.. Macam masa nak masuk umur 1 bulan lepas.. Kebetulan masa tu demam..

Semalam Zara macam banyak 'memerlukan perhatian'.. Susah nak lelapkan mata dengan betul.. First time macam tu.. Zara nampak mengantuk, tapi macam paksa diri tak nak tidur.. Tidur pun tak berapa nak lena.. Bergilir-gilir tangan la jaga dan berjaga.. Sampai la kami bertiga tertidur depan tv je.. 

Dalam pukul 4.00 pagi tadi, Zara bangun semula sebab Eraz nak transfer masuk bilik.. Mula balik macam malamnya dan alhamdulillah, dalam pukul 6.00 pagi, Zara tidur semula.. Sebenarnya lepas tu, papanya pulak tak mengantuk dah.. Rupanya dah masuk waktu solat Subuh masa tu.. Patut la.. Terus tak tidur..

12 comments:

  1. bakal mengalami situasi yang sama tak lama lagi, In Shaa Allah, tapi bezannya...mummynya sorang lah berjaga...he he he...sebab Abahnya not available...asam garam beranak kecik kan Eraz? *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe Farah.. Eraz percaya, u can do it.. pengalaman semua tu.. :)

      Delete
  2. Setiap bln mcm tu sampai la lepas sethn setengah :)

    ReplyDelete
  3. history anak beralih bulan.....kena selalu alert....

    ReplyDelete
  4. itu baru permulaan eraz... lepas ni ada banyak lagi...

    ReplyDelete
  5. mungkin cara macam tu baby nak dapatkan kasih sayang orang dia diaorang =)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum eraz. bestnyaaa. so your wife tak aktif berblogging la ye? sheila dlu first time masuk blog wife awak. sheila confius gila. sheila tengok header gambar korang berdua. tapi sheila taktahu awak dah kawin. ahhahahaha. lawak betul ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia on off je aktif blog.. cam ya gambar Eraz kat situ? hehe..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.