Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 14 September 2013

Cerekarama Baran TV3

Cerekarama Baran TV3

Cerekarama Baran TV3 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni turn drama Baran untuk slot Cerekarama di TV3 pada pukul 10.00 malam ni.. Kalau ikutkan print screen daripada twitter tu, pelakon drama Cerekarama Baran TV3 ni ialah Scha Al-Yahya, Kamal Adli, Dira Abu Zahar dan Radhi Khalid.. Kalau ikutkan sinopsis di bawah, macam menarik.. Dah rekod awal-awal, kalau tak sempat tengok, esok boleh tengok..

Sinopsis :

Malik berkahwin dengan Rania dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang cerdik iaitu Nurul.. Malik sebenarnya didera dari segi fizikal dan emosi oleh isterinya disebabkan kedudukan isterinya yang terkenal..

Diharapkan drama Baran ni akan memberi pengajaran kepada semua yang menonton.. Insyaallah.. Dalam apa jua keadaan sekali pun, isteri perlu menghormati suami kerana mereka adalah ketua keluarga dan khalifah anda.. Kecuali suami sememangnya berkelakuan yang tidak baik..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.