Tuesday 24 September 2013

Cinta Jannah Episod Akhir (Episod 24)


Cinta Jannah Episod Akhir (Episod 24) | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni merupakan episod akhir atau episod 24 untuk drama Cinta Jannah di TV3.. Kalau ditengokkan pada promo yang ditunjukkan di akhir episod 23 semalam, banyak benda yang akan berlaku pada episod akhir ni.. Jika tengok semalam, Damia masih lagi tinggal serumah dengan Izaryl dan menjaga Tengku Zareena yang lumpuh setelah dia tidak diterima oleh keluarganya sendiri.. 

Selain dari itu, Nur Jannah ditemukan dengan Bonda.. Perut Nur Jannah sakit dan Bonda membawa Nur Jannah ke hospital.. Izaryl bermimpi yang Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong.. Izaryl hanya melihat.. Nur Jannah meminta tolong dan menangis.. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh.. Apakah maksud mimpi berkenaan? Kena la tengok Cinta Jannah Episod Akhir (Episod 24) hari ini.. 

Nelydia Senrose ni memang ada potensi yang pergi lebih jauh dalam bidang lakonan kalau dia pandai bawak diri dan memilih watak-watak yang meninggalkan kesan kepada semua penonton.. Tak mustahil dia akan jadi salah seorang pelakon wanita yang mempunyai nama suatu hari nanti..

Wassalam..

8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.