Sunday 6 April 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 52 | 53 | 54

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 52 | 53 | 54

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 52 | 53 | 54 - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu ni akan masuk ke minggu ke 18 untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Untuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 52, 53 dan 54, kali ni jalan cerita lebih kepada fokuskan kepada kisah Jebat dan Mastura yang mana mereka terpaksa berpisah untuk 'sementara waktu'.. Kenapa?

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 52, 53 dan 54 nampaknya Jebat telah dimasukkan ke dalam lokap disebabkan oleh kes lamanya dulu.. Kak Long Mastura iaitu Hana telah mendapatkan bantuan Aryan untuk membuat laporan polis tentang kes yang berlaku bertahun-tahun lepas yang mana kes Jebat dan gengnya ada membuat cubaan membunuhnya dan menyebabkan anak sulungnya meninggalkan..

Sememangnya Jebat menerima tugas berkenaan yang mana telah diupah oleh kekasih lama Hana, akan tetapi, last minute, Jebat berkeputusan untuk tidak melakukan tugas berkenaan.. Akan tetapi, Eric telah mengambil keputusan untuk meneruskan tugas berkenaan demi mendapatkan duit.. Oleh sebab itu, dalam kes ini, Jebat telah diheret sama.. Selain daripada Jebat, Eric juga telah ditangkap oleh polis untuk kes berkenaan..

Airin cuba untuk membebaskan Jebat dari lokap dengan ingin mengikat jamin dan membawa peguam.. Tapi, dapat ke Jebat dikeluarkan? Anis, adik kepada Uwais telah cuba berjumpa Mastura dan cuba untuk memberikan harapan dengan memberitahu Jebat akan dibebaskan.. Bagaimana Jebat akan dibebaskan? Kena la tunggu drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 52, 53 dan 54..

Dalam masa yang sama juga, emosi Mastura memang kacau.. Kenapa? Selain daripada suaminya dimasukkan dalam lokap, juga perkahwinannya ditentang oleh keluarga, Mastura juga disahkan hamil.. Emosi wanita hamil kan macamtu.. Rasa macam dah panjang giler karang ni.. So selanjutnya, boleh tengok drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 52, 53 dan 54 nanti.. Wassalam..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.