Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 2 March 2014

Shila Amzah Bakal Juara I am A Singer Musim 2 ?

Shila Amzah Bakal Juara I am A Singer Musim 2 ?

Shila Amzah Bakal Juara I am A Singer Musim 2 | Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak cerita pasal Shila Amzah di blog ERAZFADLI.COM ni.. Selepas menjadi juara Asian Wave, Shila Amzah sekarang mencuba nasib dalam program I am A Singer Musim 2.. Bagaimana kedudukan Shila Amzah di akhirnya? Belum tahu lagi sebab masih di pusingan ke  - 8.. Jika di pusingan ke - 7 yang lepas, Shila Amzah di tangga ke 2 tetapi di pusingan ke - 8 ni, Shila berada di tangga ke 4.. Seorang telah tersingkir dan sekarang tinggal 6 peserta.. 

Saingan dalam program I am A Singer ni sangat sengit kerana ianya tidak seperti Asian Wave yang disertai oleh penyanyi amatur.. Program I am A Singer ni merupakan himpunan penyanyi-penyanyi Asia yang sudah mempunyai nama.. Dua peserta Malaysia (Chinese) sebelum ini telah tersingkir.. Hanya tinggal Shila Amzah seorang sahaja yang tinggal.. Tahun ini merupakan Musim Ke 2 untuk program I am A Singer ni..

Ada terbaca di Murai yang family Shila Amzah seakan tidak setuju Shila menyertai program I am A Singer Musim 2 ni.. Mungkin ada sebab yang buat mereka kurang setuju.. Tetapi Shila nekad untuk serta juga.. Mungkin ada magik akan berlaku nanti.. Siapa tahu kan.. Apa-apa pun, adakah Shila Amzah bakal juara I am A Singer Musim 2? Kena la tunggu ke penghujungnya.. 

10 comments:

  1. Replies
    1. Kita doakan semoga Shila Amzah berjaya..

      Delete
  2. Hopefully Kak Sha menang. InsyaAllah, aminn :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan semoga Shila Amzah berjaya..

      Delete
  3. mungkin family dia pk xperlu kot nak masuk pertandingan nie apapun good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mereka ada alasan tersendiri..

      Delete
  4. dengar jugak rancangan nie...good luck shila.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan semoga Shila Amzah berjaya..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.