Thursday 6 March 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40 | 41 | 42

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40 | 41 | 42

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40 | 41 | 42 - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu depan akan masuk ke minggu ke 14 untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Minggu ke 14 dah rupanya.. 3 Bulan lebih la tu.. Ok! Untuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40, 41 dan 42.. Kali ni jalan cerita lebih kepada fokuskan kepada beberapa part.. Antaranya masih berkisar kepada Inspektor Aryan yang tinda berputus asa menyiasat siapakah Jebat yang sebenarnya sehinggakan ahli kumpulan Tiger dapat menghidu perbuatan itu.. Agak-agak korang? Apa akan jadi pada Inspektor Aryan setelah Tiger mengetahui hal berkenaan?

Selain daripada itu, drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40, 41 dan 42 semestinya akan fokus kepada pasangan suami isteri, Jebat dan Mastura.. Mastura yang sememangnya masih mencintai Jebat akan tetapi masih tidak dapat menerima kisah silam Jebat sebelum ini yang banyak membuat melakukan dosa dan berzina antaranya dengan Damia.. 

Dalam masa yang sama, Jebat cuba menghalau Damia daripada terus menetap di kampung berkenaan supaya keadaan menjadi lebih huru hara.. Jebat sesekali mempersoalkan tentang perasaan yang Mastura yang berubah setelah mengetahui hal yang sebenarnya.. Sedang sebelum ini, Masturalah yang mengajak Jebat berkahwin walaupun pernah ditolak oleh Jebat..

Apa lagi yang berlaku? Kena la tunggu Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40, 41 dan 42 ni..

10 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.