
Mesti yang kata, Eraz ni tak habis-habis dengan entri tentang Baucar Buku 1 Malaysia kan.. Haha.. Hari ini tiada kaitan dengan bidang kerja Eraz.. Tadi Eraz temankan adik Eraz pergi tebus BB1M dia tu di kedai buku Syarikat Muda Osman di Machang.. Dia pelajar UMT..
Selalunya di kedai buku tu tak ramai orang sangat pun.. Tapi disebabkan semua nak tebus BB1M tu, penuh dengan orang... Majoriti ialah wanita.. Lelaki boleh bilang dengan jari.. Itu situasi di kedai itu la.. Beratur pun bukan main panjang lagi.. Tiap-tiap orang pegang bakul bersama dengan penuh buku dan alat tulis..
Kalaulah bukan disebabkan musim BB1M, adakah situasinya macam tu juga? Hehe.. Apa-apa pun, gunalah baucar tu sebaik mungkin.. Jangan membazir.. Istilah membazir ini wujud kalau membeli benda yang bukan sepatutnya.. Dan juga, jangan ada yang mengambil kesempatan semasa orang-orang ramai tengah sesak dalam kedai buku..
#Eraz pun 'hantu' buku juga.. Tapi sejak dua menjak ni, perangai tu dah berkurang sebab kesuntukan masa.. Jadi 'hantu' surat khabar dan 'hantu' majalah favourite je...
#Satu lagi, jujurnya Eraz ingat ejaan Baucar tu, Baucer, tapi sedar dalam tak sedar, ejaan sebenarnya ialah Baucar.. Siapa yang eja Baucar tu Baucer? Angkat tangan!
Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...