Saturday 8 March 2014

Kapal Terbang MAS Hilang

Kapal Terbang MAS dari KL ke Beijing Hilang

Kapal Terbang MAS Hilang | Assalamualaikum w.b.t.. Satu berita yang mengejutkan pagi ni 08 Mac 2014.. Mula-mula ada seorang staf yang beritahu tentang satu kapal terbang MAS dari KL ke Beijing telah hilang.. Tak dapat dikesan.. So Eraz terus google cari berita.. Memang jumpa berita rasmi.. Salah satunya dari mStar Online di atas..

Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 telah berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014 dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal..

Sama-sama kita doakan semoga semua anak kapal dan penumpang selamat.. Dalam kepala ni, macam-macam dah terbayang sebab Eraz memang selalu tengok dokumentari pasal Air Crash Investigation ni.. Kalau kes yang macam ni, memang pernah berlaku sebelum ni.. Apa-apa pun, baik kita positif dan doakan yang terbaik.. Amin..

#Sama-sama kita tunggukan berita terkini tentang Kapal Terbang MAS dari KL ke Beijing Hilang


16 comments:

  1. harap penumpang dalam keadaan baik

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya dalam keadaan selamat😭

    ReplyDelete
  3. Kita sana-sama lah berdoa kepada Allah swt agar kesemuanya aelamat

    ReplyDelete
  4. moga2 tidak ada apa2 yang berlaku pada mereka...sama la kita eraz, suka tengok Air Crash Investigation....macam2 dah bayangkan dalam kepala otak ni...

    ReplyDelete
  5. tadi pun akak dengar berita kat radio..doakan yang baik² buat mereka yer?

    ReplyDelete
  6. mudah-mudahan mereka d jumpai...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.