Tuesday 25 March 2014

Tak dapat nak bayangkan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Keratan akhbar berkenaan Eraz snap daripada Utusan Malaysia.. Terbaca tentang artikel 'Tempoh 17 hari di tengah Lautan Hindi sangat lama'.. Memetik kata-kata yang disuarakan oleh Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain dalam artikel berkenaan, membuatkan hati ni rasa sayu, sedih kerana cuba membayangkan keadaan yang dihadapi oleh penumpang dan anak kapal MH370.. Bagaimana dengan 2 bayi yang ada, orang yang lebih usia.. Fuh! Ayat mana yang Eraz maksudkan? Baca di bawah :

"Apa yang dikhuatiri, walaupun semua peralatan itu cukup lengkap dan kesemua penumpang berjaya keluar dari pesawat, namun mereka terpaksa pula berhadapan dengan laut bergelora, angin kencang dan keadaan air laut yang tidak menentu," kata Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain kepada Utusan Malaysia.

12 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.