Tuesday 10 April 2012

Zizan 'Merampas' Trofi Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2011 Dan Impian Aznil Hj Nawawi Jadi Nyata

Zizan 'Merampas' Trofi Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2011 Daripada Aznil Hj Nawawi

Keratan Berita : Sumber..

Impian Aznil jadi nyata

TIADA sekelumit terbit perasaan kecewa dalam diri artis serba boleh ini apabila trofi Pengacara TV Lelaki Popular yang dipegangnya selama lapan tahun berturut-turut berganti tangan, kelmarin. 

Sebaliknya Aznil Nawawi cukup bersyukur apabila bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Zizan Razak, tampil menggantikan tempatnya.

Terlalu gembira dengan keputusan yang diumumkan Datin Seri Normala Shamsudin dan Nurul Syuhada, Aznil secara spontan bangkit dari tempat duduknya, lalu berlari ke atas pentas untuk menyerahkan sendiri trofi itu kepada Zizan.

Ketika dia berlari-lari anak ke pentas, wajahnya nyata kelihatan riang, seperti yang dapat disaksikan peminat di Arena of Stars, Genting Highlands, mahupun penonton TV3 di rumah. 

Bukan gimik murahan, sebaliknya kata pengacara pelbagai bakat itu, dia sudah mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam dunia seni dan penyiaran tanah air. Justeru, sememangnya sudah lama dia menantikan tibanya saat itu. 

“Sejak tiga tahun lalu saya sudah memberikan isyarat kepada pengacara lain supaya bangkit dan lakukan kejutan. Saya tidak mahu lagi memegang trofi ini. Saya rasa sedih apabila melihat bidang pengacaraan seolah-olah tidak berkembang apabila peminat terus memberikan kepercayaan kepada saya. 

“Sebenarnya sejak tahun lalu lagi saya menjangkakan Zizan akan menggantikan tempat saya, tetapi ia tidak berlaku. Namun, hari ini (kelmarin), apa yang saya inginkan menjadi nyata. Saya akan terus berkerja seperti biasa untuk melahirkan lebih banyak pelapis dalam bidang ini,” katanya. 
Aznil yang mula menjadi perhatian selepas mengendalikan program realiti Akademi Fantasia, menjulang trofi itu sejak ABPBH edisi 2003 sehingga 2010. Dia seakan mempunyai benteng kuat, yang sukar untuk dirobohkan. 

Sebagai pengacara berpengalaman, Aznil masih mengharapkan kategori ini berupaya mempunyai saingan kuat pada masa akan datang. 

“Saya berharap, pengacara lain jangan mengamalkan sikap suka menunggu. Sebaliknya, cuba bersikap agresif kerana peminat sekarang sukakan perubahan segera. 

“Cuba ambil kemenangan Zizan sebagai cabaran sekiranya mereka ingin berjaya dalam bidang ini. Saya juga berharap tidak wujud benteng antara pemenang dengan calon yang tewas,” katanya.


AZNIL gembira dengan kejayaan Zizan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular.



Tahniah pada Zizan yang berjaya menang Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2011.. Jom kita tengok video di bawah yang mana Aznil Hj Nawawi berlari ke pentas untuk menyampaikan trofi berkenaan.. Komen? No komen..
--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

3 comments:

  1. Aznil sememangnya hebat...

    Agaknya diapun dah segan nak menang, tu yang seronok sangat bila orang lain menang ^_^

    sayapun dah jangka kemenangan Zizan. Last year pun dah nampak macam Zizan nak menang.. :p

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dan salam terjah.. (link dari blog MakDara)

    ReplyDelete
  3. Tahniah la pada zizan sebab berjaya memecahkan benteng.. dan memenangi.. trofi bagi pengacara popular.. dari Pak Nil..

    Pak Nil still the best.. :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.