Thursday 27 March 2014

Seharian bersama kekasih hati ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni berkesempatan hasilkan entri untuk pengunjung ERAZFADLI.COM.. Sejak dua menjak ni, memang tak boleh nak ikut jadual macam dulu sebab banyak benda berlaku dan banyak benda yang perlu diselesaikan.. Assignment dan persediaan untuk final exam bagi Semester Dua Eraz untuk program MBA pun larik!! Adoi..

Tapi hari ni, Eraz memang ambil cuti ganti sebab kerja Sabtu hujung minggu lepas.. So as usual, memang Zara tak g Nursery la.. Pagi-pagi lepas hantar Mama Zara pergi kerja bersama dengan Zara (selalunya pergi sendiri tapi hari ni nak bermanja dengan papa hantar.. haha..)..

Lepas je hantar Mama pergi kerja, terus balik ke Machang, rumah Ma Abah Eraz.. Ma Abah ada appointment kat Hospital Machang hari ni.. Sampai je rumah, terus bawa adik bongsu ke klinik di Tanah Merah dan lepas doktor terus minta adik pergi Hospital Tanah Merah.. (Suaminya tak boleh hantar sebab kerja luar dari daerah).. Kenapa kena pergi hospital? Next entri, insyaallah..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.