Saturday 1 March 2014

Tips Mendapatkan Ketenangan Semasa Akad Nikah

Tips Mendapatkan Ketenangan Semasa Akad Nikah | Assalamualaikum w.b.t.. Ini entri khas untuk bakal-bakal pengantin baru yang akan melafazkan akad nikah.. For sure la entri ni untuk bakal suami a.k.a lelaki kan.. Tapi bakal isteri a.k.a wanita pun mungkin boleh take note untuk bakal suami anda.. Insyaallah, mungkin entri ini boleh memberi serba sedikit tips.. Mula-mula, pastikan anda yang menunggu Tok Imam ya.. Jangan biarkan Tok Imam yang menunggu anda.. Kalau dapat Tok Imam yang ok, tak pe la.. Kalau dapat Tok Imam yang ada hal lain lepas tu, lain pulak jadinya.. Hehe.. Yang lain-lain, cuba baca yang ini :

  • YAKIN - Keyakinan adalah sangat penting untuk bakal pengantin lelaki.. Bermula dari keyakinan yang ada dalam diri, pasti semua akan berjalan lancar.. Orang kahwin paksa pun kadang-kadang ok kan.. So semua bermula dari dalam iaitu keyakinan.. Yakin Boleh!!
  • MASJID / RUMAH - Ini satu perkara yang perlu di ambil kira.. Sesetengah orang, suka buat di masjid.. Tapi bagi Eraz suka buat di rumah.. Bergantung kepada bakal pengantin dan kesesuaian Tok Imam la.. Dua-dua ada kelebihan.. Kalau di masjid, mungkin boleh lari dari ramai orang.. Tapi kalau di rumah, mungkin anda rasa lebih selesa.. Jadi berbincanglah baik-baik dengan bakal bapa mertua anda atau wali kepada bakal isteri anda.. Pastikan pilih tempat yang cool bagi anda..
  • BERSEDIA - Haha.. Rasanya semua orang bersedia kot.. Sebelum akad nikah, praktis dulu sorang-sorang ke, dengan kawan ke, dengan ayah ke.. Dengan siapa-siapa la.. Dan penting juga, tanya bakal bapa mertua tu cara jawab nikah yang mana diperlukan oleh Tok Iman kat sana.. Mana la tahu, berbeza kan.. Kalau sama, ok la.. Setengah Tok Imam, sediakan teks, setengah takde.. So, bersedialah ya.. Slow-slow, jangan nak cepat..
  • PENGAPIT / PENEMAN - Pengapit atau peneman.. Penting jugak ni sebenarnya.. Eraz dulu, Abah Eraz yang berada di sebelah.. Abang pun sama.. Support kat tepi.. Tok sedara di belakang.. Dia pegang belakang.. Ramai tak yang support? Haha.. Kawan pun ada, ambil gambar.. Pengapit atau peneman memang penting untuk kita dapatkan keyakinan.. Mereka juga yang akan memberi 'tenaga' kepada kita kalau gementar.. Bayangkan kalau korang duduk sorang-sorang je dengan tok iman dan semua yang disenaraikan di atas tu duk belakang Tok Imam.. Hehe.. So cari pengapit atau peneman yang boleh buat korang yakin..
  • BERTENANG - Akhir sekali, bertenang.. Ketenangan.. Ini juga perkara penting.. Jika korang dah bersedia tapi tak de ketenangan, semua tak kan jadi juga.. Jika ada pengapit / peneman, tapi tak bertenang, pun tak jadi.. Buat kat masjid ke, kat rumah ke, kalau tak bertenang, tak jadi juga kan.. So! Tenangkan diri.. Banyakkan selawat.. Ber Istighfar.. Tarik nafas dalam-dalam.. Slow slow hembus.. Jangan nak cepat.. Insyaallah semua akan ok..


Alhamdulillah.. Itu diantara tips yang boleh Eraz kongsikan dengan korang.. Lepas akad nikah tu selesai, bermulalah tanggungjawab anda sebagai seorang suami dalam membimbing anak gadis orang dalam dunia yang serba indah.. Ingat, anda bukan hanya bertanggungjawab terhadap isteri anda sahaja, tapi kepada keluarga isteri anda dan juga keluarga anda sendiri.. Insyaallah, semua orang mampu..

Kredit Gambar : bountygrafix

16 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.