Showing posts with label I am A Singer. Show all posts
Showing posts with label I am A Singer. Show all posts

Saturday, 5 April 2014

Shila Amzah | Tempat Ketiga untuk I am A Singer Musim 2

Shila Amzah  Tempat Ketiga untuk I am A Singer Musim 2

Shila Amzah | Tempat Ketiga untuk I am A Singer Musim 2 - Assalamualaikum w.b.t.. Sejak Shila Amzah menyertai program I am A Singer Musim 2, memang Eraz follow berita ni tiap-tiap minggu.. Boleh dikatakan, pencapaian Shila Amzah amat bagus kecuali pada minggu lepas, dia berkedudukan di tangga ke 6..

Tapi semalam merupakan final untuk program I am A Singer Musim 2.. Dan keputusannya ialah Shila mendapat tempat ke tiga.. Bagi Eraz sendiri yang mengikuti program ni, memang sudah membanggakan kerana, satunya ialah penyertaan untuk program ini bukan untuk penyanyi amatur tapi yang telah ada nama.. Terselit nama Shila, itu sudah bagus.. Satu lagi, keputusan ditentukan oleh undian yang mana kita tahu, majoriti adalah orang Cina.. So, jika orang Cina yang mengundi Shila di tempat ketiga, itu memang membanggakan.. 

Tahniah Shila Amzah!

Read more ...

Sunday, 2 March 2014

Shila Amzah Bakal Juara I am A Singer Musim 2 ?

Shila Amzah Bakal Juara I am A Singer Musim 2 ?

Shila Amzah Bakal Juara I am A Singer Musim 2 | Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak cerita pasal Shila Amzah di blog ERAZFADLI.COM ni.. Selepas menjadi juara Asian Wave, Shila Amzah sekarang mencuba nasib dalam program I am A Singer Musim 2.. Bagaimana kedudukan Shila Amzah di akhirnya? Belum tahu lagi sebab masih di pusingan ke  - 8.. Jika di pusingan ke - 7 yang lepas, Shila Amzah di tangga ke 2 tetapi di pusingan ke - 8 ni, Shila berada di tangga ke 4.. Seorang telah tersingkir dan sekarang tinggal 6 peserta.. 

Saingan dalam program I am A Singer ni sangat sengit kerana ianya tidak seperti Asian Wave yang disertai oleh penyanyi amatur.. Program I am A Singer ni merupakan himpunan penyanyi-penyanyi Asia yang sudah mempunyai nama.. Dua peserta Malaysia (Chinese) sebelum ini telah tersingkir.. Hanya tinggal Shila Amzah seorang sahaja yang tinggal.. Tahun ini merupakan Musim Ke 2 untuk program I am A Singer ni..

Ada terbaca di Murai yang family Shila Amzah seakan tidak setuju Shila menyertai program I am A Singer Musim 2 ni.. Mungkin ada sebab yang buat mereka kurang setuju.. Tetapi Shila nekad untuk serta juga.. Mungkin ada magik akan berlaku nanti.. Siapa tahu kan.. Apa-apa pun, adakah Shila Amzah bakal juara I am A Singer Musim 2? Kena la tunggu ke penghujungnya.. 

Read more ...