Tuesday 4 March 2014

Bila nak kahwin?


Dah ada girlfriend?
Bila nak bertunang?
Bila nak berkahwin?
Bila nak dapat anak?
Bila nak tambah sorang lagi?
Bila Bila Bila
Bla Bla Bla

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa dah terjah entri dari adik Sally Samsaiman kita NI, sure tahu dari mana Eraz capture gambar di atas.. Hehe.. Bila tengok dia update entri tu semalam, terus terjah dan komen.. Hehe.. Seriously, itu memang soalan yang sensitif.. Eraz sendiri tak berani nak tanya soalan macam tu pada kawan-kawan.. Bagi yang kurang bernasib baik, mereka akan ambil berat akan soalan-soalan tu.. Tapi di dalam hidup kita, memang soalan tu tak kan boleh lari punya.. Sure punyalah.. Betul tak? 

Eraz sendiri pun kena sebelum ni.. Mula tanya dah ada gewe ke belum.. Bila cakap takde, cakap tak percaya la.. Jual mahal la, memilih la.. Hehe.. Macam-macam.. Sebab tu Eraz dulu bertunang, senyap-senyap.. Rakan-rakan je tahu sampailah hari jadinya.. Tapi bila dah bertunang, tanya bila nak kahwin lak.. Eh! Bila dah kahwin, tanya bila nak dapat anak lak.. Anak-anak ni sensitif tau tambah-tambah bila orang yang kita tanya tu sedang menanti masa untuk mendapatkan zuriat.. Kalau dia betul-betul merancang tak nak zuriat lagi, ok la jugak.. Jadi, jaga-jagalah percakapan kita.. Mungkin kita tak sedar akan ada orang terasa bila soalan macamtu di tanya.. 

Bila nak dapatkan adik Zara? Haha.. Coming soon kot.. Tapi bukan sekarang.. Eraz ok je dengan soalan tu.. Insyaallah ada rezeki, muncullah adik Zara.. 

Balik kepada topik kat atas.. Dari sudut positif nya, kita anggaplah orang yang bertanya tu mendoakan kita.. Ok tak? Bila dia tanya banyak kali bila nak kahwin, banyak tu jugak la dia mendoakan kita.. Boleh? Wassalam..

13 comments:

  1. yezza.. think positif bro.

    ReplyDelete
  2. Hahaha... soalan macam tu biasanya soalan kepada member rapat yang sangat rapat yang boleh bergurau... Sebab biasanya nada soalan tu macam sinis.. contoh "Hah, aku dah 3 orang anak, yang kau tak kawen2 lagi... bila nak kenduri ni?" hahahaha... Walaumacamanapun, kalau kawan tu dah lepas setahun, setahun, sampai uban pun dah ada seurat dua, dah tak boleh buat bergurau dengan soalan tu dah... silap2 kawan tu balas bergurau dengan buah lempang sedas... percuma :D.. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya juga berlaku di kampung-kampung kalau jarang-jarang jumpa..

      Delete
  3. Setuju dgn wafa...bukan sesuka nak tanya org...

    ReplyDelete
  4. Allah dah tentukan segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya dah tertulis.. Cuma kena usaha je..

      Delete
  5. Anggaplah semua tu sebagai pembuka kata nak menegur sesama sahabat. Ye la, kalau tak tanya benda macam tu, nak tanya apa lagi? Kalau tanya "Dah makan ke?" nanti orng ingat nak belanja pulak. Kalau tanya "Kau sihat ke?" kang dijawabnya "Apa pasal? Nampak aku macam sakit ke?".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tak kena la ni? Tapi sure akan soalan pilihan yang lain..

      Delete
  6. betul tu eraz...soalan bab anak nie isu sensitif...sblom bertanya kita pk dulu, letakkan diri kita kat tpt dia..ape perasaan bila ditanya soalan sebegitu...

    ReplyDelete
  7. Ehem..bila zara nak ada adik?hehe..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.