Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 17 July 2014

Spontaneous Thursday #6


Assalamualaikum w.b.t.. Lagu raya.. Pasti semua dah dengar lagu raya di radio kan.. Lepas 15 hari berpuasa, banyak la lagu raya yang muncul di radio.. Berbanding di shopping complex, rasanya lagu raya dipasang awal-awal puasa lagi kot.. So apa perasaan korang sekarang? Dah masuk moog raya ke?

Eraz sendiri, tak muncul lagi mood raya tu.. Tak tahu la kenapa.. Rasa macam awal lagi nak fikir, nak bayang sal raya.. Mungkin ada banyak hal lagi dalam kepala nak fikir untuk diselesaikan sebelum raya.. Errmmmm.. Mungkin lepas Khamis depan, baru muncul mood tu kot..

So bila ada lagu raya dalam radio, tak dengar sangatlah walha lagu raya tu la yang kite paling suka dengar kan.. Mana ada lagu raya yang boring tambah-tambah lagu-lagu lama dan lagi dari Dato' Siti.. Hehe.. Tapi bukan sekarang.. But, lain orang, lain pendapatkan.. Wassalam..

#Selamat berbuka puasa.. :)

2 comments:

  1. Rasa agak sedih bila dengar lagu raya..

    ReplyDelete
  2. banyak barang untuk raya belum beli lagi nie....aduhai....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.