Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 23 July 2014

Persediaan Raya #2


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #1.. Hari ni edisi Persediaan Raya #2.. Duit raya.. Salah satu yang penting.. Kecil-kecil dulu, tak pe la, kita dapat duit raya.. Lepas dapat kerja, kena bagi dan kadang-kadang tu masih dapat.. Awet muda la katakan.. Haha.. Tapi sekarang, dah kahwin dan ada anak, sah-sah kena bagi duit raya..

Persediaan duit raya ni pun satu perkara penting.. Kalau tak sediakan awal, memang habis la duit gaji bulan raya tu.. Duit tu, bukan seratus dua, tapi lebih daripada itu.. Dan sama juga untuk tukar duit raya di bank.. Eraz selalu tukar duit RM 1 dan RM 10.. RM 50 tu, pakai mana-mana ada.. Pernah tukar yang RM 5, tapi setahun je.. Lepas tak de dah..

Siapa yang belum ada pengalaman tukar duit raya ni di bank, meh sini nak bagitau.. Sila la tukar duit raya tu awal-awal.. Untuk kepastian, semak dengan pihak bank, bila pihak bank buka kaunter untuk tukar duit raya.. Kalau korang lambat, memang balik tangan kosong la..

Tapi, in case la nak juga duit RM 10 yang baru.. boleh keluarkan melalui ATM.. Tahu caranya? Eraz pernah buat.. Untuk satu kad ATM, dapatla 12 keping maksimum.. Setiap satu transaksi, keluarkan RM 40.. Sah-sah keluar duit RM 10 empat keping kan.. Tapi hadnya 3 kali pengeluaran je la.. Hehe.. Dan bergantung juga kepada mesin ATM tu.. Mesin ATM tu perlulah berfungsi ok, duit tak habis, ada duit baru dalam tu.. Haha..

Apa-apa pun atas perancangan masing-masing.. Ini bagi yang mungkin hidup sederhana la.. Siapa-siapa yang ada simpanan banyak, tak risau sangat kot bab menyimpan.. Adios Amigos.. Wassalam.. 

8 comments:

  1. tips rm 10 tu macam berguna jer...hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. Byk jugak nk kena bg duit raya tahun ni...apapon akk dah mmg buat persiapan awal..siap tukar awal2 takde la kelam kbut nnt

    ReplyDelete
  3. pernah tolong tukarkan duit untuk kawan..punyalah payah..duit habis la, kena dtg ikut time bank tetapkan la..

    ReplyDelete
  4. tahun nie duit raya dr en.suami..hehe..sy tlg memberi aje..

    ReplyDelete
  5. Hmm...tak pernah tukar duit kat bank lagi..

    ReplyDelete
  6. Duit raya tahun nie dah tukar

    ReplyDelete
  7. Huhu..sib baik dah save wet raya berkepuk2. Nak bagi kat anak buah berderet 23 orang.

    ReplyDelete
  8. Nak duit raya BOLEH hehehehhee .......

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.