Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 15 August 2013

Perjuangan Suami Semasa Isteri Bersalin

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang dah baca entri dari Lulu Caldina tentang Isteri Bersalin, Suami Pula Yang Tertekan? Sangat menarik untuk dibaca.. Hanya isteri yang tahu apa perasaannya selama 9 bulan lebih mengandung.. Seterusnya ke proses kelahiran yang kita semua tahun akan peritnya.. Tapi alhamdulillah, mengikut kata orang, bila seorang wanita yang baru bersalin, kesakitan itu akan hilang selepas melihat bayinya lahir dengan sempurna.. Begitu juga dengan suami..

Dalam entri Lulu sebelum ni menceritakan betapa tertekannya seorang bapa melihat isterinya bersalin dengan berlaku tumpahan darah yang banyak dan berlaku beberapa masalah lain yang membuatkan dia tertekan.. Kita doakan semoga semua perkara di atas tidak berlaku kepada kita semua.. Amin.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Isteri selamat.. Bayi sihat.. Semuanya OK..

Sokongan suami nampaknya memainkan peranan penting juga dalam hal ni.. Jadi bakal-bakal bapa, bersedialah untuk sama-sama berjuang demi satu kelahiran.. Doakan semoga semua wanita hamil dapat mengharungi moment pregnant ni dengan jayanya sehingga semuanya selepas melahirkan bayi yang sihat, sempurna dan soleh! Insyaallah..

#Masih teringat suasana dan keadaan semasa isteri sedang bertarung untuk bersalin..

8 comments:

  1. nice sharing eraz, Farah ni masih tak tau lagi macam mana rupa gayanya nanti, moga2 segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Farah.. Semua akan ok ya.. Sakit tu hilang lepas tengok anak depan mata..

      Delete
  2. memang tengah bertarung nyawa bila bersalin tu.....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.