Friday 23 August 2013

Al-Fatihah kepada Saudara Mohamad Hafiz Hakimi Mohamed ..


Empat Sekawan Maut | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz baru mendapat berita yang saudara Eraz iaitu Cucu Saudara kepada Abah Eraz, Mohamad Hafiz Hakimi Mohamed (asal Kampung Kaabah, Machang) telah meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki oleh arwah bersama tiga kawannya iaitu Fauzairi (asal Kampung Wakaf Bata), Muhammad Fakhrunizam Ibrahim (asal Kampung Kaabah) dan  Muhammad Noranas Nordin (asal Kampung Wakaf Bata) bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 54.4 jalan Kota Bharu-Machang-Jeli seawal pagi tadi..

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada keempat-empat sekawan ini.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

14 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.