Saturday 17 August 2013

Layan drama Abang Long vs Kak Yong

Drama Abang Long vs Kak Yong | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya dah lama tak layan drama melayu malam-malam.. Sibuk layan Zara je.. Haha.. Tapi malam ni tertengok drama Abang Long vs Kak Yong di TV3 ni.. Rasanya drama ni sempena Hari Raya.. Mula-mula tengok, gabungan Akim & Yana Samsudin macam ada satu yang tak kena.. Mungkin sebab Akim nampak muda kot..

Bagi yang tak sempat tengok drama Abang Long vs Kak Yong ni, ni Sinopsis : Din Parang dan Man Todak sering bersaing sejak dari zaman muda.. Din mempunyai seorang anak lelaki bernama Boboy manakala Man mempunyai seorang anak perempuan bernama Suraya.. Suatu hari, Boboy terdengar perbualan antara ayahnya dengan Farouq di mana orang bawahan Man Todak telah menceroboh ke kawasan perniagaan mereka.. Kemudian, Boboy menyelinap masuk ke rumah Man Todak namun Suraya bertindak pantas cuba melawan Boboy.. Boboy tidak bernasib baik apabila Man Todak pulang ke rumah bersama penduduk kampung dan ternampak Boboy ‘berdua-duaan’ dengan Suraya.. Demi menjaga maruah keluarga, Boboy dipaksa menikahi Suraya.. Lagi kisah menarik lepas kedua-dua bapa merek di bunuh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

  1. i nk tgk yana samsudin je hik2....nk exchange bloglist ngan sy bgtau tau :)

    Tak Mungkin Benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak betul Yana berlakon sekarang.. Kadang-kadang nampak macam tak sesuai je diaorg..

      Delete
  2. menarik jalan citer nie...tapi tgk sekejap-sekejap, sibuk gi open house......

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.