Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 24 August 2013

Cerekarama, Malaikat Di Pintu

Cerekarama, Malaikat Di Pintu

Drama Cerekarama, Malaikat Di Pintu | Assalamualaikum w.b.t.. Malaikat Di Pintu, daripada tajuk, memang menarik.. Dari segi pelakon, bila adik ipar beritahu lakonan Awie dan Yana Samsudin, errmmm.. Macam ada sesuatu yang tak kena.. Tapi, belum tengok, belum tahu kan.. Mungkin watak yang sesuai untuk diaorang.. Minggu lepas baru je drama Abang Long vs Kak Yong lakonan Yana siar di slot yang sama.. Memang laku la dia..

Sebelum layan tu, jom baca sinopsis dulu.. Lepas tengok promo di TV3, Eraz try la cari sinopsis sebab tajuk macam best kan.. So jumpa sinopsis di blog PEREKACERITA.. 

Ridwan sebelum ini dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, namun Zai dan Mus tidak dikurniakan anak. Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah. Walaupun Ridwan merupakan seorang anak yang baik dan patuh pada kata, Mus tetap tidak senang kerana baginya Ridwan merupakan orang luar. 

Zai mula berbincang dengan Ummi untuk menghantar Ridwan semula ke rumah anak yatim selepas hari raya nanti akibat desakan Mus. Sepanjang Zai di tempat kerja, Ridwan dibiarkan sendirian di rumah sehingga dia bertemu rakan baru iaitu Alif. Mereka berdua mendapat idea untuk mengumpul duit dengan melakukan perkhidmatan seperti membersihkan halaman rumah, mengutip botol, plastik dan surat khabar lama. Pada sebelah malam pula, mereka menjual bunga api dan mercun ‘pop pop’. 

Suatu hari, selepas membersihkan halaman Cik Munah, Ridwan dan Alif memberanikan diri pergi ke sebuah rumah yang tidak mereka kenali. Sejurus tiba di rumah tersebut, Ridwan memberanikan diri membuka pintu. Tiba-tiba mereka ternampak kelibat seseorang yang menakutkan. Sebelum mereka sempat melarikan diri, mereka telah ditangkap penghuni rumah tersebut iaitu Tok Bad.

Sebelum tu layan bola, Kelantan lawan Terengganu dulu.. Apa agaknya keputusan malam ni? Minit ke 10 nampaknya dah 1-0.. Kelantan dahului.. Hehe..

6 comments:

  1. Replies
    1. Sangat salah untuk aniaya anak yatim..

      Delete
  2. Replies
    1. Eraz akan tengok yang rekod nanti.. :)

      Delete
  3. tak tgk langsung, malam minggu lepak di Dataran Pahlawan Banda Hilir.......hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eraz pun sama sebab tertidur.. Hehe..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.