Sunday 26 October 2014

Nina & Zarif Tersingkir AF 2014

Nina & Zarif Tersingkir Minggu Ke 8 AF 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Memang dalam kepala terfikir yang Zarif akan tersingkir malam ni sebab Nina dan Aman memang di tangga selesa selalunya di akhir konsert.. Ternyata betul jangkaan yang Zarif tersingkir malam ni di minggu ke 8.. Tapi rupanya bukan seorang.. Tapi dua..

Nina juga tersingkir bersama Zarif di Konsert AF 2014 Minggu Ke 8 ni.. Disebutkan oleh Zizan & FBI bahawa Azwan, Nuha dan Aman ialah bottom 3 tetapi rupanya hanyalah drama kerana mereka sebenarnya Top 3.. Mungkin ramai yang ada pilihan masing-masing untuk tersingkir, tapi biasalah AF, undian SMS memainkan peranan..

Mungkin akan ada AFMasuk untuk AF 2014 ni? Tidak mustahil sebab masih ada satu minggu lagi mereka akan beraksi di pentas sebelum ke final.. Atau mungkin minggu depan tiada penyingkiran dan mereka berlima ini yang akan ke final.. Semuanya tak mustahil.. Inilah Akademi Fantasia, Realitinya di sini..

Diharap pihak Astro dapat bagi semua juri peluang untuk komen bagi setiap peserta sebab komen dari  Dato' Ramli MS sebenarnya sangat bernas dan bagus.. Bandingkan saje komen beliau dengan juri yang lain semasa persembahan lagu Ceritera Cinta nyanyian semua Nuha & Firman tadi..

#Lain penampilan dan wajah Yana Samsuddin di Konsert AF 2014 Minggu Ke 8 malam ni..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.