Saturday 4 October 2014

Diari Pelajar MBA OUM | Menjawab Soalan Mummy Ammar


Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni nak buat entri santai-santai je.. Baru ni Eraz ada approve satu komen yang bertanya tentang program MBA di OUM.. Iaitu dari Mummy Ammar.. Eraz tak sure dia blogger atau tidak sebab menggunakan akaun Google +.. Apa-apa pun, mungkin beliau sedang mencari IPT yang menawarkan program master yang terbaik.. Kebetulan mungkin dia terjumpa entri program tu dalam blog Eraz ni..

eraz fadli awk dah abis ke study master di oum?
Belum lagi.. Tapi alhamdulillah sekarang dah masuk Tahun Kedua, Semester Pertama atau dengan kata lain, Semester ke Empat.. Kalau tak de aral melintang, hanya tinggal semester ini dan semester depan je untuk habiskan.. Amin..

eraz fadli.. master di oum bagus ke?
Soalan yang susah nak jawab tapi sebagai seorang yang sudah menjadi pelajar, Eraz rasa OUM di antara yang terbaik.. Pertama sekali boleh pilih antara nak buat full coursework or mix mode.. Ramai yang pilih full coursework sebab nak elak Master's Project.. Kedua, pembelajaran.. 3 semester dalam setahun.. Satu semester ditawarkan tiga subjek sahaja dan ada komponen tugasan dan final exam.. Buku diberikan sebab termasuk dalam yuran.. Dari subjek, banyak topik dipelajari dalam semua aspek dunia business kalau pilih MBA la.. Diiktiraf oleh MQA dan JPA, itu paling penting.. Tempoh pengajian paling singkat hanyalah 1 tahun 8 bulan ke 2 tahun.. Banyak lagi ni.. Tapi kalau nak detail, boleh contact Learning Center terdekat or ke laman web www.oum.edu.my

Diharapnya persoalan ni membantu Mummy Ammar.. Insyaallah.. Selamat Maju Jaya..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.