Sunday 12 October 2014

Keyboard Warrior


Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasanya tak buat pesanan khidmat masyarakat ni.. Ok! Istilah petang ni, Keyboard Warrior.. Pasti ramai yang tahu tentang istilah ni kan.. Nak jadi Keyboard Warrior tak de masalah.. Tapi kena la kena pada tempatnya.. Tahu contoh yang tak elok? Antaranya ialah dengan menaik sesuatu komen or maklumbalas yang negatif dan lebih teruk lagi, terlampau negatif.. Teruk juga kalau sengaja menaikkan komen yang sangat negatif pada sesuautu yang tak sepatutnya..

Kadang-kadang, sesetengah orang ni sengaja menjadi Keyboard Warrior yang negatif sebab nak menarik perhatian.. Tapi ada juga yang semulajadi macam tu.. Apa-apa pun, sebelum menaip sesuatu komen tu, fikir lah dulu.. Jangan sampai lepas taip tu, baru menyesal.. Itu orang kata nasi dah menjadi bubur kan.. Apa-apa pun, jom la kita jadi Keyboard Warrior yang positif.. Mana tahu dengan komen kita yang positif, orang boleh berubah.. Dah dapat pahala kat situ.. Betul tak?

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh ERAZFADLI.COM

2 comments:

  1. Betul..berpada²lah kan jika nak menulis apa pun di dunia maya ni.

    ReplyDelete
  2. Terus risau nak komen2 selalu kat blog. -__-'

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.