Friday 10 October 2014

Apa nak buat ni ????


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum mulakan tulis cerita, pelik, kenapa dalam gambar ni cermin tu nampak kotor giler!! Padahal masa amek dengan Tab, ok je.. Hehe.. By the way, entri ni nak ceritakan tentang apa korang akan buat bila tiba-tiba dalam keadaan jem atas jalan raya, tanda minyak kereta dah low dan bagi warning merah!! Bayang stesen minyak dekat.. Hehe..

Dalam kes masa gambar di atas ni, alhamdulillah masa ni memang dah dekat dengan rumah walaupun sangkut sikit dekat traffic light terakhir sebelum sampai rumah.. Kira ok la kan.. Terus je balik rumah, esoknya pulak rasanya isi.. Tapi Eraz nak cerita kes yang sama, tapi memang masa tu situasi yang berlainan..

Masa hari raya Aidilfitri dua tahun lepas, Eraz balik rumah Ma Abah Eraz di Machang.. Seriusnya, memang jammed giler.. Biasa la keadaan di Kelantan masa hari raya kan.. Lalu ikut jalan mana-mana pun, memang akan sangkut juga walapun tak lama.. Mungkin sebab masa tu hari Jumaat, jadi rakyat-rakyat Kelantan tak keluar pagi.. Semua decide keluar selepas solat Jumaat.. Eraz keluar rumah dalam pukul 3 dan sampai Machang pukul 5 lebih dari KB.. Fuh!!

Dalam pada duk 'berperang' dengan jammed, tiba-tiba dapat alert macam gambar di atas.. Astaqfirullahhalazim.. Dah la masa tu Eraz lalu jalan kampung.. Shortcut la katakan.. Nak elak jammed.. Mana ada stesen minyak kan.. Tapi alhamdulillah, lepas 15 minit kot meneruskan perjalanan, meter tu naik semula.. Dah risau ni.. Teruskan perjalanan, sampai la kat stesen minyak terdekat.. Selamat... Stop je apa jua brand minyak masa tu.. Haha.. Boleh on air cond semula.. Hehe... Sebelum dah off air cond dan turun cermin kereta.. Nak jimatkan minyak la katakan.. Haha..

Ingatkan tak de la se jammed itu.. So selalu ok je sampai Machang dengan minyak sebanyak tu.. Hehe.. Itu lah kisahnya yang berlaku dulu.. So lepas tu, pandai-pandai la bajet kalau rasa jalan jammed masa tu..

3 comments:

  1. Situasi di kelantan memang sentiasa jammed. Pernah nak amik anak kat taska, lampu minyak dah merah lama sbb jammed. Sampai taska, tunggu husband hantar minyak sbb takmau tanggung risiko keta mampus tengah jalan dengan adanya anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Ui..mmg bdebarlah jika hadapi saat² mcm tu kn?

    ReplyDelete
  3. Ana pernah alami situasi nih. Hahaha. Dgn kawan mase otw ke Tganu. Tak sedar minyak nak abis, sib baik 100m lagi stesen minyak. Perghh..lega.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.