Friday 14 November 2014

Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selepas join Kelab Blogger Ben Ashaari, memang Eraz ada simpan niat dalam hati, suatu hari dalam masa terdekat ni, Eraz akan cuba untuk curik masa ke KL untuk berkumpul dan berjumpa dengan semua ahli.. Itu penting sebab kita dalam sebuah kelab ni, bila bersemuka, ianya boleh membuatkan kita satu kumpulan lebih rapat lagi..

Jadi bila dapat tahu akan adanya satu sesi Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari yang akan diadakan pada Ahad, 02 November 2014, terus Eraz semak jadual kerja dan cuti dan alhamdulillah bila hampir-hampir sama masanya, memang disahkan free.. Teruja nak jumpa geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari..
Terima kasih kepada Founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari sendiri sebab terima Eraz dalam KBBA ni
Alhamdulillah, photoshoot berkenaan berjalan lancar di Studio My Creative Pixel Studio yang terletak di Bangunan PV128, Setapak.. Kami semua berkumpul dari pagi hingga ke petang sebab photoshoot dimulakan secara individu bertemakan merah hitam.. So masing-masing dengan pakaian pilihan masing-masing yang tersendiri.. Kami menjalankan photoshoot mengikut jadual dan dalam masa menunggu turn, sempat la berramah mesra dengan geng KBBA yang lain..

Selepas selesai peringkat pertama, peringkat kedua ialah berpakaian rasmi baju Kelab Blogger Ben Ashaari.. Mula-mula secara individu dan seterusnya secara berkumpulan.. Bukan main havoc lagi masing-masing.. Nampak dari hasil, semua dah macam pro dah.. Eraz je la baru-baru nak belajar.. Hehe..

Aktiviti photoshoot ni berjalan lancar dengan adanya leader dalam mengatur aktiviti hari itu iaitu Saudara Blogger Lan Careno.. Alaaaa.. Siapa tak kenal dia kan.. Terima kasih sebab menjalankan tugas dengan baik.. Selain dari tu, terima kasih kepada pihak Cosmoderm Malaysia selaku penaja utama Kelab Blogger Ben Ashaari..  Jom tengok hasilnya..


Mula-mula Eraz letak gambar kami bergambar secara berkumpulan.. Semua nampak happy kan.. Walaupun bagi Eraz ini first time kami jumpa, tapi memang dapat 'masuk' dengan semua.. Tak de pun yang buat hal masing-masing.. Ada diantara kami yang sanggup turun dari Penang iaitu Faizal Fredley, Johor (Lisa) dan Kelantan iaitu Eraz la.. Hehe..


Ini pula kumpulan khas untuk geng KBBA geng lelaki sehaja.. Ini pose gambar skema sikit.. Kalau suruh giler-giler, memang automatik 'menggila' la.. Semua ada bakat jadi model ni.. 


Ini pula geng KBBA wanita.. Nampak sopan dan ayu semuanya kan.. Tapi bila time bergaya, semua meletop!! Terbaek lah semua.. Dibawah pulak gambar individu Eraz.. Rasanya biasa-biasa saje sebab tak de pengalaman pun ber photoshoot ni.. Sekali sekala dan jarang-jarang je.. So inilah hasilnya..



Terima kasih kepada semua penaja yang menyokong aktiviti Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari untuk kali ni...

Penaja Utama Kelab Blogger Ben Ashaari : Cosmoderm
Shawl by Tya Salmid
Pin Hijab by Dania Facon
Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon  @etty_garib @yanneskay.

13 comments:

  1. wah...bestnya :D terbaik abg eraz...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Bukan senang nak dapat peluang ni.. Alhamdulillah.. :)

      Delete
  3. congrats & meriah...mengeratkan lagi hubungan sesama bloggers :):)

    ReplyDelete
  4. eraz memang nampak macam supermodel pun...bha ha ha... sampaikan pada fify... fify ada suami model...ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. supermodel la sangat.. kaku lagi tu.. hehe.. farah lain la, ada pengalaman.. :) insyaallah..

      Delete
  5. Seronok jika aktif dlm kelab..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.