Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 18 November 2014

Kalau aku kembali muda !

Assalamualaikum w.b.t.. ' Kalau aku kembali muda ! '.. Ada nampak mana-mana blogger yang guna tajuk entri sebijik macam ni hari ni? Haaaaaa.. Betul.. Bro Ben Ashaari.. Tertarik yang isu tu, so Eraz guna kan tajuk yang sama tapi tetap kreditkan kepada abang Sado kita, Ben.. Siapa belum baca, jemput baca entri dia dulu SINI..

Kalau aku kembali muda, jujurnya memang aku akan mulakan hidup sebagai blogger dari awal.. Seronok apa kan.. Masa muda-muda, komitmen memang banyak boleh bagi.. Sekarang ni, bila dah umur 30 tahun, memang terhad la tambah-tambah dah kerja sepenuh masa, ada keluarga, ada anak dan lain-lain.. 

Dulu, masa di universiti, pernah aktif berblog ni menggunakan platform Friendster.. Masa tu, sangat terhad dari segi interface, olahan dan lain-lain.. Sangat-sangat terhad.. Tapi tetap gigih menulis.. Satu masa, Friendster dah tak ramai guna, blog tu automatik tertutup! Sayang, tak sempat nak copy semua kenangan entri-entri dulu.. Lepas pada tu, stop sampailah hujung tahun 2011.. 

Hujun tahun 2011 tu, baru la berjinak balik dengan blogspot sehinggalah sekarang.. So maknanya, Eraz hanya aktif berblog semula pada usia 28 tahun dah.. Masa tu dah kahwin tapi belum ada anak.. So aktifnya sehinggalah sekarang.. Apa-apa pun, semua yang berlaku ada hikmahnya.. Mungkin kalau aktif dulu, Eraz bukan berkedudukan sekarang.. Betul tak.. So, berjalanlah mengikut arus! Peace no war..


7 comments:

  1. mesti photoshoot with benashaari club..:)

    ReplyDelete
  2. tu memang muda dah tu nampak tu...he he he...

    ReplyDelete
  3. uhhuhu.. tak pernah terfikir berblogging boleh jadi femes cm abang ben kan... =D

    ReplyDelete
  4. akak start berblog masa umur 30..pun dah terlewat..kalau tau blog ni best umur 20 akak dah buat blog dah..heheh..

    ReplyDelete
  5. Asalam begitu ke kalau kembali muda, mestilah kan berblog dari awal kan bagus boleh takluk dunia..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.