Monday 10 November 2014

Aman | Naib Juara Akademi Fantasia 2014

Aman | Naib Juara Akademi Fantasia 2014
Aman | Naib Juara Akademi Fantasia 2014 

Assalamualaikum w.b.t.. Eh! Kenapa tak buat tajuk, Firman | Juara Akademi Fantasia 2014? Ada entri lain lagi ke? Takde! Eraz nak buat satu ni je entri pada Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014.. Tapi memilih Aman sebagai tajuk utama.. Kenapa? Saje je, tak de reason pun.. Mula-mula terfikir nak taip pasal Jihan Muse.. Tapi biarkan la.. Yang pasti, kemunculan Jihan Muse di Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014 semalam memang menjadi.. Tunggu je kemunculan dia kan.. Haha.. Back to main topic..

Semalam memang tengok Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014 dari awal sampailah persembahan Aman dengan single baru dia bertajuk Without You.. Lepas tu tertidur sampailah bangun nak solat Subuh.. Haha.. Tapi masa nak bersiap nak pergi kerja, ON balik apa yang direkod so dapatlah tahu yang tentang kedudukan semalam.. Siapa juara, No.2, No. 3 dan seterusnya.. Dan dapat tahu juga apa yang berlaku pada Nuha..

Errrmmmmm.. Adel.. Akhirnya menduduki di tangga ke - 5.. Memang kemunculan Adel di tunggu sebab nak dengar vokal dia.. Tapi tak tahu mana silap, kemunculan dia macam tak dirasai.. Nuha.. Terkejut juga dapat tempat ke - 4.. Adakah sebab dia membuat kesilapan lupa lirik, terus undian merosak.. Atau sebab lagu baru dan persembahan dia? Tak tahu la.. Tapi rasanya, kalau Nuha nyanyi lagi Beribu Sesalan tu secara akustik macam yang Shila Amzah buat, rasa macam lagi best kot..

Ewal, tempat ke - 3.. Tak de masalah sangat kot untuk Ewal nak hidup dalam industri muzik Malaysia ni.. AF ni sebagai platform dan lagi satu, dia pun ada pengalaman jadi artis kan.. Juara, Firman.. Memang jangkaan dan harapan ramai kot.. Tapi Eraz tak.. Haha.. Apa-apapun, rezeki dia kan.. Vokal pun dikatakan memang best.. So harapnya dia akan boleh 'hidup' dalam industri dan berharap akan jumpa seseorang yang boleh 'bawa' dia.. Lagu ciptaan M.Nasir tu memang best.. 

Aman, tempat kedua.. Siapa sangka kan.. Kritikan demi kritikan dia terima.. Ada yan sangat teruk kan.. Ditambah pula dengan sikap pemalu dia.. Tapi undian memihak pada Aman.. Ramai yang berpendapat yang undian Aman mungkin ramai dari pengundi remaja.. Apa-apa pun, persembahan ok apa semalam.. Dapat lagu Mewangi yang tengah top sekarang ni plus lagi single Without You ciptaan Awi Rafeal memang menjadi.. Tak mustahil lagi tu akan menjadi lagi pilihan ramai nanti.. Tengok Aman perform semalam, memang terbayangkan Akim dan Nubhan.. Dari segi suara, hampir sama kan.. Ramai juga yang kata dia klon Nubhan.. Hehe..

Apa-apa pun, AF ni sebagai platform kepada mereka.. Kalau jumpa manager or orang yang bimbing mereka dengan baik, tak mustahil mereka boleh menjadi seorang star.. Tengok dulu masa keluar AF6, Nubhan diambil oleh manager, Mr. Ven dan duduk bawah pengurusan Ning Baizura, memang nama dia naik melepasi Stacy.. Tapi lepas semua berubah, sedikit sebanyak telah mempengaruhi.. Sekian, Wasssalam..

#Cuba taip semula untuk wujudkan entri ni.. Fuh!! Kenapa? Baca entri INI..

9 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.