Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 18 November 2014

Putu Halba vs Musim Hujan


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau musim hujan, mesti banyak kedai-kedai kecil di tepi jalan yang jual Putu Halba.. Serius.. Memang dari dulu lagi.. Ini situasi di Kelantan la.. Di negeri lain, Eraz tak pasti la.. Mungkin ada, dan mungkin juga tiada.. Tapi bila dapat makan putu halba yang panas di musim hujan yang sejuk ni, memang terbaik!!

Putu Halba ni asalnya atau bahan asas ialah Ubi Kayu.. Campur dengan gula dan gula melaka, peh! Memang meleleh la.. Hehe.. Tambah-tambah dapat makan masa panas dan dapat yang ada gula melaka dan gula yang banyak.. Digaul pula dengan kelapa parut, memang sangat sangat sangat sedap!!

Tengahari tadi memang nak beli tapi bile singgah kedai dekat dengan office, katanya 10 minit baru masak.. Lambatnya.. Tapi tercapai juga sebab ada staf yang belikan.. Alhamdulillah.. Tak dapat beli sendiri, orang belanja pulak.. Hehe.. 

Kredit Gambar : hanila-sepanjangjalanpulang

5 comments:

  1. assalams....sedappppp.....kalau kat johor panggil putumayam....:)

    ReplyDelete
  2. Tu faveret sy.. suka kunyah lama2 sebab kenyal.. mkn sebiji pun dh puas

    ReplyDelete
  3. putu halba??..mmg tak besa mkn.. :-)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.