Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 13 November 2014

Mana datang perkataan SADO tu?

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dulu-dulu, masa Eraz muda mudi, zaman-zaman remaja, mana ada lagi perkataaan Sado ni muncul.. Tapi sekarang ni, boleh dikatakan semua orang tahu la maksudnya bila sebut perkataan Sado.. Apa maksud Sado? Bagi yang belum tahu, maksudnya ialah Seseorang tu memiliki badan berketak, badan berketul-ketul atau dengan kata lain badan orang main gym la..

Sado.. Singkatan perkataan apa kan? Eraz cuba google dan jumpa di SINI yang mana mengikutnya, perkataan Sado tu di diambil dari ayat "Besar Doe" so apabila disingkatkan, ianya menjadi SaDo.. Haha.. Ada betul jugak kan.. 

Kenapa buat entri ni? Sebab dalam salah satu group Whatsapp semalam ada kawan yang isukan.. Mana la datang perkataan Sado ni.. So try la google.. Suka-suka.. The End..


14 comments:

  1. Pernah terfikir nak buat entri yg sama, sb kawan fb ramai yg sado2

    ReplyDelete
  2. hahaha.. itu la yang pelik bila adik yang masih sekolah tu, sibuk... nak carik pakwe sado..sado... apo bondo pun akak dia tak tahu... lama2 owh... ok!

    ReplyDelete
  3. hhahha , macam logik je , besar dohhhhhhh


    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/vitamin-shaklee-bagus-untuk-kesihatan.html

    ReplyDelete
  4. adeh macam2 rupanya perkataan baru skrg:)

    ReplyDelete
  5. muslim iman , kena sado .. 💪💪💪
    Baru awesome !

    ReplyDelete
  6. Masa first time dengar aku ingat, "Korang ni apahal panggil orang tu sado? Tak nampak sadis pun, mana datang sadomasochistic nya?"

    Lepas tu dah dekat setahun baru faham. Weh, ikut suka-suka jer diorang ni reka perkataan baru, sampaikan budak-budak pun cakap istilah BDSM setiap hari.

    ReplyDelete
  7. Asalnya adalah dari nama Eugene Sandow...bapa bina badan moden...lepas tu nama tu sampai di nusantara...dan lelaki gagah digelar sendo...dalam silat Gayong, perkataan sendo sgt biasa...Datuk Meor, pengasas silat Gayong pernah dapat anugerah Panglima Sendo Perak...badan datuk meor mmg tuff giler...pernah dengar juga ceramah2 dari beberapa ust2 org utara termasuk ust kazim yg guna perkataan sendo utk gambarkan manusia yg gagah dan badan tuff...tp lama2 slang berubah jadi sado...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.