Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 14 November 2014

Hujan tak berhenti ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sepatutnya entri ni Eraz update semalam.. Tapi disebabkan ada beberapa masalah ketika nak update entri, Eraz suarakan hari ni la.. Kalau nak tahu, semalam Kelantan dilanda hujan dari pagi sampailah ke petang.. Sampaikan jalan shortcut yang biasa wife Eraz lalu pergi dan balik kerja dah tak boleh lalu.. Terpaksa la lalu jalan biasa.. Lalu jalan tu sebab nak elak jem je..

Lepas stop sekejap, malam tu terus lagi hujan sampai la ke pagi.. Serius.. Sejuk je sepanjang malam.. Memang kalau naik kereta, on aircond tu low je la.. Tapi kalau Eraz, on sekejap, lepas tu off terus.. Tapi itu kalau naik kereta sorang la.. Seju giler wei.. Lepas rasa macam nak panas atau ada wap-wap di cermin, ok la balik..

Nampaknya musim tengkujuh dah mula menjenguk kami di Pantai Timur.. Harap kawan-kawan yang sering kali dilanda banjir, berjaga-jagalah.. Wassalam..

3 comments:

  1. betul..hati2 la..barang2 bergharga tu siapkan kat satu tempat.nanti dah naik air baru tercari itu ini..

    ReplyDelete
  2. Berjaga-jaga... banjir mungkin berlaku...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.