Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 10 November 2014

Hanya SATU !


Assalamualaikum w.b.t.. Apa yang hanya SATU? Semuanya berkaitan dengan entri semalam.. Semalam hanya lepas satu entri je sebab ada banyak sangat kekangan semalam.. Kekangan utama ialah Galaxy Tab tak baik sepenuhnya lagi.. Tak sempat lagi nak p baiki.. Jadi nak snap gambar pun tak dapat.. Selalunya, bila snap satu-satu gambar, memang dari situ la idea entri baru bermula.. Tadi memang frust sikit..

Kedua semalam hari Cuti.. Memang dari awal pagi Eraz keluar rumah menuju ke Machang bersama Zara.. Tapi singgah dulu di rumah kawan Eraz iaitu Hasmizal Mokhta sebab melawatnya yang baru kehilangan Abah tersayang.. Kami memang rapat termasuk dengan Ma Abah dia.. Kalau sebelum kahwin dulu, memang pernah lepak di rumah, borah-borak sampai malam.. Memang BFFFFFF la.. Apa-apa pun, semoga di tabah dan insyaallah ada hikmah disebalik apa yang berlaku..

Ketiga ialah melayan Zara Faleesya.. Memang seharian dia tak tidur.. Boleh tahan budak ni.. Maklum la baru dapat 'kaki' kan.. Ke situ ke sini dia gerak.. Eraz sebagai penjaga ni pun sama naik la ke situ ke sini sebab risau jatuh ke apa kan.. Selalu kalau dia tidur, muncul la juga satu dua entri kan.. Tapi memang happy sangat sebab dapat tengok Zara berjalan.. Hehe..

Dah sampai rumah, wife dah balik kerja, lain pula keadaan kat rumah.. Lain kali cerita.. Haha.. Bila malam, kami sama-sama la bergilir.. Kadang-kadang syok je tengok telatah dia.. Habis tempat dia mengeledah sekarang ni.. 

#Mula-mula nak update entri ni dulu, tapi idea untuk entri yang hilang tu lebih mencurah-curah.. Haha.. Tapi malangnya entri tu dah hilang.. Insyaallah lepas ni nak cuba taip semula entri tu..

9 comments:

  1. semoga dipermudahkan menaip entry yang hilang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, berjaya buat semula.. :)

      Delete
  2. Letak la gambar Zara banyak2..nak cuci mata nih,nak tengok perkara2 yang comel2 je..heheh

    ReplyDelete
  3. Hmmm..bengang juga klu gajet penting rosak kn?

    ReplyDelete
  4. Bengang juga kalau line internet penyebabnya...hehe...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.