Tuesday 10 February 2015

2015 ; Zara Faleesya bakal dapat adik !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka datang lagi.. Pada tanggal 19 Oktober 2014 yang lepas, Nur Zara Faleesya disahkan oleh doktor akan mendapat adik tak lama lagi.. Syukur alhamdulillah.. Memang kami tak sangka sebab kami tidak merancang apa-apa untuk anak seterusnya tapi Allah kurniakan rezeki ini.. Insyaallah, mungkin anak yang akan lahir ini akan membawa rezeki yang lagi banyak kepada kami.. Insyaallah.. 

Seperti biasa, Eraz tak kan war war terlalu cepat tentang berita kehamilan ini macam semasa isteri Eraz sedang hamilkan Zara dulu.. Kasi stabil dulu, baru sharekan dengan kawan-kawan yang lain.. So sekarang, kalau Eraz bercerita tentang bakal adik Nur Zara Faleesya ni, Eraz akan labelkan entri itu dengan Diari Adik Nur Zara Faleesya (DANZF).. Senang yang berkenaan nak baca nanti..

Label tu dah wujud masa 19 Oktober 2014 lagi sebenarnya semasa Eraz publishkan entri 'Alhamdulillah".. Itu sebenarnya salah satu entri yang menceritakan apa yang berlaku pada pagi tu.. So, bermula hari ni, akan berlakulah throwback tentang awal kehamilan anak kedua kami.. 

Doakan semoga perjalanan kehamilan isteri Eraz kali ni berjalan dengan lancar dan bayi yang akan lahir nanti sihat walafiat, sempurna sihat dan menjadi anak yang soleh hendaknya.. Insyaallah.. Harapnya sudi macam kisah rentetan throwback dan kisah semasa bayi akan yang lahir ini..

Sekarang ni, kandungan kedua wife Eraz dan masuk ke 22 minggu.. Maksud nya dah 5 bulan lebih la.. Eraz ada sediakan beberapa rentetan entri semasa mula-mula dapat tahu tentang kehamilan ni.. Nanti Eraz akan publish satu per satu yang mana sempat ditulis dan disimpan.. Insyaallah dan Wassalam..

Sumber : Google

12 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.