Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 18 February 2015

Bila dapat Half-Day !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, pihak pengurusan berbesar hati dapat semua staf kerja half-day hari ni walaupun bukan tergolong orang yang menyambut Chinese New Year.. So, sebab sorang je half-day, wife nya tidak, rela hati membantu wife beli beberapa barang keperluan dapur dan makan.. Seorang diri.. Memang dah agak, semua tempat akan ramai orang sebab kebetulan cuti CNY ni kan..

Disebabkan ramai ni la, sempat publish satu entri.. Bayangkan kalau wife yang sedang pregnant tu berjalan dan beratur lama-lama, kesian jugak.. Jadi minta list, try la dapatkan.. Tapi biasa la kalau orang laki yang beli barang dapur, tak call dua tiga kali untuk sahkan, memang bukan Eraz la.. Haha.. Bukan apa, nanti salah beli dan kadang-kadang tak jumpa dan tak kenal barang..

Lepas ni pergi ambil Zara kat nursery lak.. Sepatutnya kalau Papa half-day, Zara pun kena half-day la kan.. Tapi Zara terpaksa la tunggu sehingga Papa siap beli barang-barang ni..

#Banyak betul kenduri kahwin cuti CNY ni.. Errmmm.. Balik kampung wajib!

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.