Friday 27 February 2015

Gegey Festival

Gegey Festival

Assalamualaikum w.b.t.. Nampak gayanya Gegey Festival dah masuk ke siri 3.0 kali ni.. Hari ni dah esok, 27 & 28 Februari 2015 akan berlangsung Gegey Festival 3.0 di Dewan Balai Islam Kelantan bermula pukul 10.00 pagi ke 10.00 malam.. Kalau siri 1.0 dan 2.0 tidak berjaya, masakan ada siri 3.0 kan.. Disebabkan Eraz kerja pada Jumaat dan Sabtu, memang tak sempat la nak menjenguk ke Gegey Festival ni.. Tapi adik ipar yang selalu sampai ke sana..

Bagi Eraz, Gegey Festival ni memang mampu menarik ramai orang terutama sekali kaum wanita la sebab banyak gerai berkaitan produk kecatikan, fashion, baju muslimah, tudung dan lain-lain la.. Dengarnya, makan-makan pun ada macam ice cream ke kan.. Semua yang jarang-jarang kita dapat depan-depan la.. Selalu mereka banyak jual secara online..

Jadi rakyat Kelantan yang ada masa free sikit hari ni dan esok, boleh ke Dewan Balai Islam Kelantan dekat area Lundang untuk ke Gegey Festival 3.0.. Have fun dan selamat membelanjakan duit.. Peace no war!

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.