Monday 16 February 2015

Burgerbyte @ Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam, lepas wife balik kerja, Eraz dan Zara dah siap-siap nak keluar.. Kira dinner awal la.. Masa nak keluar tu, memang tak tahu halatuju lagi.. Tapi bila teringat wife beritahu hari tu, ada 3 tempat dia nak pergi sebelum bersalin, so hari ni kita lengkap kan satu tempat!

Burgerbyte @ Tunjung, Kota Bharu.. Sebelum ni memang tak sempat nak pergi sebab ada je hal menghalang.. Sampai sana dalam pukul 5.30 petang.. Biasa la orang baru balik kerja, kete banyak.. Sampai sana, order dan yang paling happy, Zara Faleesya la.. Makan round-round kat sana, jalan situ sini.. Fuh! Bile dia dah main-main, happy, makan pun banyak.. Kami pun happy kan..

Salah satu menu best bagi Eraz ialah Naked Burger.. Eraz pilih yang ayam.. Memang best.. Satu lagi menu, lupa nama.. Hehe.. Zara punya, pilih yang kids punye.. Air lak, gelas besas.. Penuh rasa perut dengan air bila nak habiskan semua..

Jadi kunjungan pertama, ok la.. Puas hati.. Ada masa, boleh pergi lagi.. Pergi petang lepas balik kerja sebab nak elak orang ramai.. Sebab malam selalu penuh!

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.