Sunday 22 February 2015

Mr. Mama


Assalamualaikum w.b.t.. Ini gambar semalam.. Kami anak beranak nak pergi kenduri kahwin adik kepada adik ipar wife Eraz a.k.a adik kepada biras Eraz.. Zara memang bangun awal pagi macam nak pergi nursery, lepas tu tak tidur dah.. Masuk je dalam kereta dalam pukul 11 lebih ke pukul 12, duduk je sekejap, terus tidur.. Tempat kenduri tak jauh.. So risau bila sampai sana, kena kejut, tak cukup tidur, dia meragam..

Tapi alhamdulillah, bila dia bangun, ok.. Fuh! Ada pulak tok ma dan mak sdara dia, alhmadulillah dia makan, main dan lain-lain.. Ada pulak kawan kecik jugak, lagi la syok.. 

Budak-budak biasa la, naik kereta macam dibuai.. Tapi ada ketika tak jugak.. Naik kereta, walaupun sejam perjalanan, Zara tak tidur pun.. Tapi ikut faktor bangun awal, memang akan tidur punya..

Hari ni Eraz cancel semua plan nak keluar sebab nak bagi Zara rehat je kat rumah sebab esok dia nak ke nursery.. Kira kasi rehat.. Bila dan cuti panjang sikit (bagi Zara), risau dia merengek esok bila bangun pagi dan bila sampai ke nursery.. Malam ni, kena make sure tidur awal!

#Seronok apa jadi Mr. Mama (jaga anak).. Tapi semua suami-suami dan bapak-bapak sanggup ke?

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.