Tuesday 3 February 2015

Feel Sick !


Assalamualaikum w.b.t.. Hhaaaaa.. Tu dia.. Semalam kat office, tak de la seteruk ni.. Balik kerja semalam, rasa macam ok lagi.. Tapi lepas masuk rumah je, terus rasa tak larat dan tidur.. Sib baik dah solat Asar siap-siap kat office.. Dengan berbaju kerja, tertidur sampai la wife kejutkan suruh makan ubat, mandi dan solat Maghrib.. Dinner sekali.. Sib baik semalam masih lalu lagi makan..

Semalam masa tidur, sejuk giler rasa, sampai kan menggigil.. Wife kejutkan dalam pukul 3 am lebih kurang dan bagi makan ubat lagi sekali.. Alhamdulillah, dapat tidur sampai ke Subuh.. Wife kejut sekali lagi tanya samada nak p kerja atau tidak, for sure la pergi kan.. Hehe.. Dalam tak larat, bersiap juga.. Sengaja mandi air paip yang sejuk tu sebab nak bagi badan segar.. 

Sampai office, memang rasa tak larat tapi gagahkan diri.. Dalam kepala, macam nak pergi klinik kot lepas kerja.. Esok kalau ikutkan biasa, kerja macam biasa.. Tapi tengok la macamana keadaan hari ni kan.. Mana la tahu lepas balik kerja nanti ok.. Apa-apa pun, saya 'slow' je la kat office hari ni.. Badan kurang tenaga kan..

3 comments:

  1. Km di sini cuti am... Klu tak sihat ambik cuti dan rehat Eraz, bg badan sihat betol2, baru leh buat keja...

    ReplyDelete
  2. Lahai..kesian eraz..moga segera sihat..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.