Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 2 February 2015

Mabuk ?!


Assalamualaikum w.b.t.. Just nak share kisah 'mabuk' hari tu.. Hari Selasa lepas Eraz ke HQ office di KL.. Memang balik hari.. Masa pergi, Eraz ambil flight tengahari sebab program tu petang.. Nak dijadikan cerita, seat pula betul-betul atas sayap tu.. Dan ditambahkan cerita lagi, cuaca di KB ok, tapi otw ke KL, memang 'bergelora'.. Rasanya memang setiap masa isyarat lampu untuk tidak tanggalkan seat belt tu menyala.. 

Bila plane tu melanggar awan yang tebal, memang sentiasa akan goyang.. So perhatikan sayap tu memang seolah-olah macam sayap burung.. Gerun.. Apa-apa pun, memang doa je la tak jadi apa-apa kan.. Bila kita dah atas awan, memang kita dah berserah.. Ini pengalaman biasa je kot.. Orang lain yang naik flight yang masa lebih panjang dan kerap, mesti ada pengalaman lebih menarik..

Tapi lepas je sampai KL, memang pening la.. Sampai ke dalam KLIA Epress pun masih rasa nak muntah.. First time kot jadi camtu.. Haaaa.. Pening a.k.a Mabuk ni je sebenarnya objektif entri ni.. Haha.. Banyak kali naik flight, ini je pening sebab banyak goyang.. Hehe.. The End.. 

#Objektif = Mabuk / Pening


2 comments:

  1. Hehehehe..tentu banyak awan hari tu sampai asyik terlanggar je..

    ReplyDelete
  2. mabuk minuman keras dengan mabuk kapalterbang/kereta ni sama ke tidak ye??

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.