Saturday 28 February 2015

Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16

Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16
Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16

Assalamualaikum w.b.t.. Drama Asam Pedas Untuk Dia di Slot Dahlia ni memang dah lama mula siar di TV3.. Cuma Eraz tengok on off je.. Hari ni dah episod 15 dan esok episod 16.. Yang pasti, ini pun drama adaptasi dari Novel.. Kebanyakan la sekarang ni, drama atau filem yang diadaptasikan dari novel.. Ada yang menjadi, dan ada yang tak menjadi.. Betul tak? Apa-apa pun, yang menjadi tu memang boom la.. Macam drama Asam Pedas Untuk Dia ni, antara yang diperkatakan juga.. Ada kawan Eraz yang baru beli buku novel ni..

Ini sedikit sinopsis yang boleh Eraz kongsi dengan korang yang mungkin baru nak tengok.. 

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya.

#Selamat menonton Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.