Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 13 February 2015

Lelaki #TGNA

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak semalam, lagu LELAKI ni 'bermain' di media sosial.. Dan pagi ni, ada kawan beritahu, lagu dah masuk 'bermain' dalam radio dah.. Kebetulan sempena pemergian TGNA, satu video klip khas dihasilkan.. Lagu ni sebenarnya dari album Pancawarna - Siti Nurhaliza.. Tahun 1999 kot.. Memang sedap.. Tapi tak popular macam lagu lain sebab mungkin unsur dalam lagu yang dipilih..

Siapa yang belum dengar lagu, boleh terus ke Youtube.. Search Lelaki - Siti Nurhaliza, pasti akan jumpa video yang tribute khas kepada arwah TGNA.. Memang menyentuh perasaan.. Wassalam..


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

4 comments:

  1. lagu ni,, adik una slalu nyanyi.. baru harini tau lagu ni tajuk ape tq for info

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar rasanya lagu CT tajuk Lelaki. Nt boleh tgk utube

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.