Saturday 7 February 2015

"Makan ikan ke tadi?"


Assalamualaikum w.b.t.. Sampai sekarang rasa macam ada sesuatu kat tekak ni.. Macam ada tulang ikan.. Tapi musyskil la sikit.. Rasa macam tak makan ikan tadi masa lunch.. Makan daging dengan ayam je.. Ke apa yang sangkut ek.. Suspen suspen.. Pelik.. Tapi alhamdulillah, tak sakit macam sangkut benda tajam la.. Jadi rasanya macam bukan tulang ikan la.. Telan air liur kadang-kadang je dapat rasa.. 

Harapnya 'benda' yang ada tu sementara je la.. Kalau kat rumah, memang dah ambil segumpal nasik dan try telan.. Tapi malangnya kat office.. So try telan la apa yang ada di office ni.. Plan nak balik awal atau dengan kata lain, on time la.. Semalam pun pasang plan yang sama, tapi tiba-tiba 45 minit sebelum balik, ada meeting la pulak.. Hari ni harapnya tak de la.. Dan dua hari rasa hanyut je sebelah petang sebab telan ubat selesema.. Tapi hari ni tak.. So cool sikit.. 

Demam makin ok tapi Zara pulak yang berjangkit demam.. So mental fizikal memikirkan anak tersayang la pulak.. So esok tak perlu pergi nursery sebab papa cuti.. So papa boleh jaga kat rumah..

3 comments:

  1. Biasa nya kalau sakit macam tu sebab tulang ikan la..memang lama2 dia akan sakit tak kita telan air liur dengan cara menekan sikit..Pi la klinik untuk check.

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh Zara, harap memalam dia tak meragam.
    Eraz kalu sakit tekak sebab tulang ikan lekat ..ikut la petua org tua2. alah google jer.

    ReplyDelete
  3. Alahai ..gaknye tersangkut tulang ayam..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.