Thursday 12 February 2015

Hati Baru Buat Zharif #Pray4Zharif

Hati Baru Buat Zharif #Pray4Zharif

Assalamualaikum w.b.t.. Awal petang tadi rasanya, Eraz ada share di Facebook tentang adik Zharif ni.. Melihat kanak-kanak kecil yang tak tahu apa lagi erti hidup dan terpaksa bertarung nyawa mengidap penyakit bengkak hati, memang tak sanggup.. Hati automatik memikirnya bagaimana sebenarnya yang dia rasa serta keluarga.. Muhammad Zharif Al Hafiz bin Muhammad Mohd Zulfazrul menghidap penyakit bengkak hati dan hanya 20% yang berfungsi.. Beliau memerlukan pemindahan hati dengan segera..


Mendapat info dari Kak Lya melalui entri INI, pembedahan akan dijalankan segera jika duit mencukupi.. Kos pembedahan dianggarkan berjumlah RM 150,000.00 sehingga RM 200,000.00 untuk pembedahan, perubatan dan rawatan susulan selepas itu.. Pembedahan akan di lakukan di China..

Untuk makluman, penderma yang bermurah hati untuk mendermakan hati untuk Adik Muhammad Zharif telah ditemui.. Bantuan yang diperlukan segera adalah kewangan, doa dan kata-kata semangat untuk kedua orang tua Adik Muhammad Zharif. Jom sama-sama kita membantu.. Hulurkan bantuan ringankan beban.. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, membantu mengumpul dana bagi membolehkan Adik Muhammad Zharif menjalani pembedahan pemindahan hati baru.. Adik Muhammad Zharif memerlukan anda ketika ini.. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau..


3 comments:

  1. sungguh cekal sekali hati adik ini. masa mula mula dilahirkan menghadapi penyakit saluran hempedu tersumbat. dan kali ni bengkak hati. moga adik ini sembuh dan sihat seperti anak anak lain :)

    ReplyDelete
  2. baru dapat berita adik zharif telah pun menghadap Ilahi~

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.