Thursday 12 February 2015

Aktiviti Petang Anak Beranak


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah aktiviti petang kami.. Eraz balik je kerja, memang dah menunggu depan pintu.. Nak jalan-jalan depan rumah.. Tak sempat nak tukar baju kerja, terus dukung Zara, pakaikan kasut.. Semalam lagi best, siap bawak beg lagi.. Tak sempat nak ambil gambar.. Beg bulu-bulu tu pula, bukan dia punya, tapi mama dia punya.. Macam-macam la..

Zara ni memang suka berkawan.. Mungkin sebab dah biasa duduk kat nursery kan.. Kalau pergi mall, kalau terdengar je suara budak-budak, mesti dia pergi dekat.. Macam nak berkawan la.. Tengok juga dekat-dekat, risau 'rakan' baru dia tu cakar je apa kan.. Kalau nak cepat, halang dia cepat..

Tapi, kalau contoh nak keluar jalan-jalan ni, ada kakak sebelah yang duduk kat luar, borak dengan kawan-kawan, dia malu pulak.. Malu dengan orang dewasa la.. Kalau sebaya dia, ok je.. Ada satu hari, beria-ria nak keluar jalan-jalan, sekali melangkah keluar rumah, ada anak jiran sebelah duk borak dengan kawan dia.. Perempuan.. Terus Zara peluk betis Eraz.. Nak dukung la.. Tapi lepas mereka dah bersurai, baru la nak jalan-jalan semula.. Macam-macam..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.