Tuesday 7 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Episod 12, Tiada Penyingkiran

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 12 merupakan episod yang tiada penyingkiran.. Akan tetapi, Sharifah Shahora hampir tersingkir.. Tetapi ketiga-tiga chef umumkan tiada penyingkiran.. Semalam untuk Sajian Luar yang diketuai oleh Datuk Aznil (Kumpulan Biru) dikalahkan oleh Kumpulan Merah yang diketuai oleh Norish Karman..

Selain Pak Nil, anggota Kumpulan Biru lain iaitu Kenchana Devi, Syura, Sahrifah Shahora, Rozita Che Wan, Sabhi Saddi dan Radhi OAG terpaksa ke pusingan penyingkiran.. Dalam 7 selebriti itu, hanya 4 yang akan memasak di pusingan penyingkiran.. Jadi, Sabhi Saddi, Sharifah Shahora dan Che Ta merelakan diri untuk ke pusingan penyingkiran.. Pak Nil sebagai ketua juga merelakan diri..

Jika dilihat selebriti yang tersingkir sebelum ini ialah semua lelaki.. Bermula dengan Yassin, Keroz Nazri, Zain Saidin, Sathia dan Afiq Muiz.. Siapa selebriti ke 6 akan tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2, kena la tunggu minggu depan.. Tengok daripada promo, macam menarik..

10 comments:

  1. tentu lega... tiada penyingkiran..

    ReplyDelete
  2. agak2 siapa yg tersingkir minggu dpn?hehe

    ReplyDelete
  3. boleh lak malam tadi nangis tengok masterchef masa episod penyingkiran.....

    ReplyDelete
  4. tak tengok pun. tapi, baguslah tiada penyingkiran.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.