Saturday 4 May 2013

Keputusan Penuh PRU 13, 2013 Harapan Korang ialah ...

Assalamualaikum w.b.t.. Keputusan Penuh PRU-13 Harapan Korang ialah ...? Hanya korang yang boleh jawab sebab korang adalah pengundinya.. Masing-masing mempunyai pilihan masing-masing atas dasar pilihan masing-masing.. Jadi esok, 05 Mei 2013 - Ahad merupakan hari pengundian serentak seluruh Malaysia.. Jadi, luangkan sedikit masa untuk menentukan keputusan penuh PRU - 13 di tahun 2013 ni..

Rasanya ramai yamg sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab bagi menentukan keputusan penuh PRU-13.. Samada balik dengan kereta, motosikal, berhati-hatilah dijalan raya.. Ingatlah orang tersayang.. Bagi yang naik flight, selamat tiba ke kampung halaman masing..

Bersama entri ini, Eraz attachkan 7 langkah pengundian untuk informasi korang terutama bagi yang pertama kali mengundi.. Senang je aturcaranya.. Korang tak kan sesat atau ambil masa yang lama..  Kecuali, masa korang pergi tu, beratur panjang sebab orang ramai.. Apa-apa pun, selamat mengundi kerana satu undi korang akan menentukan keputusan penuh PRU-13 ni..

Selalunya malam selepas pukul 8 malam, akan diumumkan satu persatu keputusan PRU-13.. Memang melekat depan TV la malam tu demi mengetahui keputusan penuh PRU-13..

#Kita tengok dakwat kekal akan kekal selama berapa hari.. Selamat mengundi!


9 comments:

  1. ni first time nk g ngundi...excited la jgk

    ReplyDelete
  2. dah tak sabar nak pergi mengundi.........

    ReplyDelete
  3. rasa cam tak sabar nak sampai umur 21 tahun,.hehe.. nanti kite nak pangkah banyak2. , biar Islam tegak di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  4. jom kita pangkah...... hehehe

    ReplyDelete
  5. saya pengundi pertama kali. memang rasa excited dan nervous juga.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.