Tuesday 23 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Keroz Nazri Selebriti Kedua Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas Yassin menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 Sabtu lepas, hari ini giliran Keroz Nazri menjadi selebriti kedua yang tersingkir.. Sebelum itu, permulaan program Masterchef Selebriti Malaysia malam ini dengan mengumumkan pemenang Cabaran Luar semalam.. Kumpulan Biru yang diketuai oleh Norish Karman nampaknya menang besar.. Kumpulan Merah yang diketuai oleh Celina pula kalah! Mereka terpaksa ke pusingan penyingkiran Masterchef Selebriti Malaysia malam ini..

Daripada 9 orang ahli kumpulan merah hanya 5 orang yang perlu mengharungi pusingan penyingkiran.. Sebelum Celina memilih, Aznil dan Syanie telah merelakan diri untuk masuk ke pusingan penyingkiran.. Selepas itu, Keroz, Afiq Muiz dan Rozita Che Wan juga merelakan diri.. Akhirnya hanya mereka berlima akan mungkin tersingkir malam ini.. Celina, Enot, Lydiawati, Kenchana Devi terselamat.. Tema Masterchef Selebriti Malaysia malam ini ialah pengat!

Rezeki Keroz dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 sampai malam ini je.. Kerelaan Keroz untuk masuk ke pusingan penyingkiran nampaknya membawanya pulang.. Siapa selebriti ketiga yang akan tersingkir Masterchef Selebriti Malaysia 2 ni, next week la jawabnya.. Haha..


#Siapa Keroz Nazri ni? Apa yang Eraz tahu, dia seorang penyanyi dan komposer / pencipta lagu.. Pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik untuk Artis Baru Terbaik.. Biodata dan Latar Belakang, kena google sendiri la.. Peace no war..

6 comments:

  1. tak kenal sapa Keroz Nazri nie, tapi tahu dia masuk Masterchef dan malam tadi dia terkeluar....

    ReplyDelete
  2. praktis masak kat umah la past nie..:)

    ReplyDelete
  3. ada antara yg masuk masterchef ni, sy pun tak kenal..tak sempat tgk pun lagi..dgr kata best...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.