Showing posts with label Masterchef Selebriti Malaysia 2. Show all posts
Showing posts with label Masterchef Selebriti Malaysia 2. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

Syura, Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2

Assalamualaikum w.b.t.. Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 adalah Syura mengalahkan Celina.. Ketidakkonsistenan Syura di tengah-tengah rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2 ni buat ramaimyang menjangkakan beliau tidak akan ke final.. Tapi Eraz dan isteri sememangnya menjangkakan Syura dan Celina memang akan ke final.. Terbukti!

Nampaknya rezeki Syura di Masterchef Selebriti Malaysia 2 sebab Syura dah lama sangat tak keluar dengan album atau lagu baru.. Tidak mustahil selepas ini, Syura akan keluar dengan single baru bersama-sama menjadi seorang chef! So.. Tahniah kepada Syura kerana telah menjadi juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2!

Read more ...

Monday, 24 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Rozita Che Wan Selebriti Ke 17 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Rozita Che Wan tersingkir!! Betul-betul harap Che Ta masuk final Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 ni.. Tapi akhirnya dia menjadi selebriti ke 17 tersingkir malam ini.. Macam best je tengok Che Ta memasak.. Rezeki bergelar JUARA Masterchef Selebriti Malaysia Ke 2 akan menjadi milik Celina atau Syura!

#Esok siaran Masterchef Final! Tapi tak dapat tengok..

Read more ...

Tuesday, 18 June 2013

4 Selebriti Bersaing ke Separuh Akhir Masterchef Selebriti Malaysia 2

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya nyata pasukan biru diketuai oleh Syura dan ahlinya Kenchana Devi telah kecundang di tangan pasukan merah yang diketuai oleh Celina dan ahlinya Rozita Che Wan.. Lagi bernasib baik, walaupun telah kalah di cabaran luar, Syura dan Kenchana tidak perlu ke pusingan penyingkiran kerana hari ini tiada penyingkiran.. Mereka berempat akan bersaing sesama sendiri dalam 3 pusingan sebelum seorang tersingkir dan 3 akan ke separuh akhir Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2..

Dalam ketiga-tiga pusingan berkenaan, mereka berempat akan diberikan markah 1 hingga 4 untuk setiap pusingan yang mana selebriti yang mengumpulkan markah terendah akan tersingkir sebelum ke pusingan separuh akhir.. Hari ini berlangsung pusingan pertama yang mana mereka perlu menduplikasikan masakan dan resepi Dato' Fazley.. Akhirnya setelah penilaian dibuat, Che Ta telah mendapat markah yang paling tinggi iaitu 3 dan diikuti oleh Celina, 2 markah.. Syura telah mendapat 1.5 markah manakala Kenchana Devi hanya mendapat 1 markah..

#Tunggu pusingan ke-2 pula..

Read more ...

Monday, 17 June 2013

Kisah Suami Isteri Main Sembunyi2 !

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang baru pukul 10.35 pm.. Tapi mata rasa macam dah mengantuk, mungkin sebab kepenatan di office.. Sempat tengok Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 malam ini yang mana, Sajian Luar yang terakhir buat mereka kerana kepada kumpulan yang kalah, salah sorangnya akan tersingkir menjadikan Top 3.. Siapa diantara Celina, Che Ta, Syura dan Kenchana yang akan tersingkir? Tunggu esok..

Balik kepada tajuk entri.. Kisah Suami Isteri Main Sembunyi2 ! Untuk senang faham, baca keratan gambar di bawah.. Sayangilah isteri / suami anda.. Peace no war.. Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Malam..

Read more ...

Sunday, 16 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Syanie Selebriti Ke 15 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 : Syanie menjadi selebriti ke 15 tersingkir selepas dua episod back to back disiarkan malam ini.. Dalam senarai Top 5 sekarang, Syanie, Kenchana Devi dan Syura telah disenaraikan untuk pusingan penyingkiran.. Manakala Che Ta a.k.a Rozita Che Wan dan Celina automatik tersenarai untuk Top 4..

Semasa pusingan penyingkiran, ketam telah dijadikan HERO nya.. Dalam ketiga-tiga masakan di pusingan penyingkiran, semua boleh dikatakan OK oleh chef.. Tetapi seorang yamg tersingkir iaitu Syanie adalah kerana tidak mengikut peraturan.. Dengan kata lain, tersingkir akibat kesilapan teknikal.. Peraturannya ialah menggunakan ketiga-tiga ketam tetapi Syanie hanya menggunakan 2 ekor sahaja.. Itu yang membuatkan Syanie menjadi selebriti ke 15 yang tersingkir di dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 ini..

Kini hanya tinggal Celina, Rozita Che Wan, Syura dan Kenchana Devi..

Read more ...

Tuesday, 11 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Michael Ang Selebriti Ke 14 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Michael Ang menjadi selebriti ke 14 yang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 dan menjadi peserta selebriti lelaki terakhir yang tersingkir.. Sekarang tinggal 5 selebriti iaitu Celina, Syura, Syanie, Rozita Che Wan dan Kenchana Devi.. 

Semasa mengumumkan penyingkiran Michael, Che Ta tiba-tiba menuju ke tengah dan menyatakan bahawa ingin menarik diri seperti Pak Nil.. Tapi, chef dan kawan-kawan tidak memberi persetujuan.. Akhirnya Che Ta teruskan juga perjuangannya di Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 demi Michael Ang..

Read more ...

Tuesday, 4 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Cat Farish Selebriti Ke 12 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Cat Farish tersingkir, itulah yang terjadi di Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Minggu 7 Episod 28.. Di awal rancangan malam ni, kumpulan Biru yang diketuai oleh Syura serta dianggotai oleh Celina, Cat Farish dan Rozita Che Wan diumumkan sebagai kumpulan yang kalah.. Mereka terus di hantar ke pusingan penyingkiran..

Permulaan pusingan penyingkiran, satu cabaran permulaan ala-ala separuh akhir untuk pusingan penyingkiran dilakukan.. Nampaknya tuah kepada Celina kerana berjaya.. Seterusnya tinggallah Cat Farish, Che Ta dan Syura.. Rezeki tidak menyebelahi Cat Farish kerana beliau hanya mampu bertahan di Top 8 sebelum menjadi selebriti ke 12 tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2..

Read more ...

Monday, 3 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Lydiawati Selebriti ke 11 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia 2 Minggu 7 Episod 26 menyaksikan penyingkiran pelakon, Lydiawati selepas bersaing dengan Enot, Syanie dan Cat Farish di pusingan penyingkiran malam tadi.. Tema malam tadi ialah TELUR.. Nampak senang, tapi sebenarnya susah.. Jika sesiapa yang tengok episod penyingkiran tadi, nampak betapa sulitnya nak buat tempat jenis tugasan menggunakan telur tu..

Enot sekali lagi hampir tersingkir, akan tetapi Lydiawati yang tertulis untuk terhenti semalam.. Jadi yang masih tinggal dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Top 8 sekarang ialah Rozita Che Wan, Syura, Celina, Cat Farish, Syanie, Enot, Kenchana Devi dan Michael Ang.. Esok merupakan ujian luar!

Read more ...

Tuesday, 28 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Sharifah Shahora Selebriti Ke 10 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Sharifah Shahora telah menjadi selebriti ke 10 yang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2.. Sebelum itu, di dalam cabaran berpasukan semalam, Kumpulan Merah yang dianggotai oleh Celina (Ketua), Rozita Che Wan, Cat Farish, Kenchana Devi dan Lydiawati telah menjadi juara dan menewaskan pasukan biru yang diketuai oleh Enot serta anak-anak buahnya seperti Michael Ang, Syura, Syanie dan Sharifah Shahora..

Mereka telah masuk ke pusingan penyingkiran dan Syanie terselamat lebih awal kerana chef mengadakan satu pusingan saringan kerana hanya 4 yang perlu bersaing.. Tema makan ni ialah vegetarian.. Dalam 4, 4 selebriti itu tadi, rezeki Shahora hanya di situ.. Sebelum ini Shahora pernah terselamat dari tersingkir tetapi tidak kali ini..

#Bari dapat tahu perlawanan Separuh Akhir Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim terpaksa ditangguhkan.. Alasan kenapa? Sure korang dah tahu kan?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 26 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Radhi, Selebriti Ke 9 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Minggu Ke 6 dan Hari Ke 2 menyaksikan tersingkirnya Radhi OAG selepas menjadi selebriti atau peserta paling banyak dan kerap ke pusingan penyingkiran.. Selain Radhi, Sharifah Shahora, Kenchana Devi dan buat julung kalinya Cat Farish juga terpaksa berakhir di pusingan penyingkiran..

Read more ...

Tuesday, 21 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Sabhi Saddi Selebriti Ke 8 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Terjawab sudah bahawa Sabhi Saddi menjadi selebriti ke 8 tersingkir selepas Norish Karman.. Sebelum ini, ketiga-tiga mengumumkan bahawa kumpulan merah telah tewas kepada kumpulan di cabaran luar.. Kumpulan Merah diketuai oleh Kenchana Devi dan dianggotai oleh Rozita Che Wan, Sabhi Saddi, Celina, Lydiawati dan Syura..

Untuk pusingan penyingkiran, Kenchana Devi sebagai ketua kumpulan perlu menyelamatkan seorang daripada kumpulan merah untuk tidak beraksi di pusingan penyingkiran.. Dengan begitu susah sekali, Kenchana akhirnya memilih Syura.. Ianya mungkin kerana masakan Syura diantara yang dipuji oleh chef..

Tema pusingan penyingkiran kali ini ialah breakfast atau sarapan.. Kenchana dan Celina memilih untuk membuat menu yang berlainan daripada biasa yang mana mungkin mendapat extra mark untuk tidak tersingkir.. Manakala Che Ta, Lydia dan Sabhi telah memilih menu Nasi Lemak.. Akhirnya setelah mereka dikatakan terpaksa bersaing antara penghasil nasi lemak itu, Sabhi Saddi diumumkan sebagai selebriti ke 8 tersingkir bagi Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 kali ini..

Read more ...

Sunday, 19 May 2013

Radhi menyerlah, Celina menurun, Enot hampir tersingkir : MSM2

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya tak de mood nak update blog malam ni tetapi buat juga sebab mungkin ada yang nak tahu tentang perkembangan terkini dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2.. Untuk pusingan penyingkiran malam ini, Radhi OAG, Celina, Syura dan Enot telah menyenaraikan diri untuk bertarung dalam pusingan penyingkiran..

Pusingan penyingkiran malam ini bertemakan Belut! Eraz sendiri pun tak pernah makan belut.. Jadi, setelah tamat, Radhi diumumkan sebagai masakan paling menyerlah.. Manakala Syura diberi komen ok dan tak ok.. Manakala Celina pula menampakkan prestasi yang makin menurun dari hari ke hari..

Lastly, Enot diumumkan sebagai selebriti yang akan tersingkir pada malam ini.. Komen chef ialah selain belut berkenaan over cook, chef menegur Enot supaya memasak untuk pelanggan, bukan untuk diri sendiri.. Maksudnya, walaupun tak suka, hidangkanlah juga untuk memuaskan hati pelanggan.. Tetapi semasa ingin melangkah ke pintu besar, pintu berkenaan berkunci akhirnya Chef Zubir mengumumkan tiada penyingkiran.. Terselamatlah Enot..

Sekian,

Read more ...

Tuesday, 14 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Norish Karman Menjadi Selebriti Ke 7 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia 2 malam ini mencatatkan penyingkiran pelakon Norish Karman setelah berada di pusingan penyingkiran bersama Lydiawati, Kenchana Devi, Radhi OAG, Rozita Che Wan dan Enot.. Mereka ke pusingan penyingkiran kerana kumpulan mereka iaitu kumpulan Merah kalah kepada kumpulan Biru yang diketuai oleh Celina..

Malam ini tak sempat tengok live Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 kerana keluar 'round-round' dengan adik.. Keluar tunjuk jalan pada dia untuk urusan esok.. Best juga duduk kat sebelah.. Selalu jadi driver, tapi malam ini menjadi co-pilot je.. Hehe..

Berbalik kepada kes Norish Karman tersingkir ni, semasa ketiga-tiga chef sedang memberi penilaian kepada persembahan Kumpulan Merah semasa ujian berkumpulan, nampak bahawa telah berlaku perselisihan faham antara Norish Karman dan Kenchana Devi.. Tetapi maybe pihak Astro dah edit, jadi kita yang menonton tidak tahu apa yang berlaku.. Apa-apa pun, semua terlerai selepas permohonan maaf di buat..

Mulanya pelik juga Chef Zubir mempersoalkan tentang warna baju.. Semua ahli kumpulan Merah mengenakan baju warna Kuning tetapi Kenchana Devi seorang je yang memakai baju warna Merah.. Mungkin bermula di situ la perseleisihan faham berlaku.. Biasa la, perselisihan faham ni berlaku di mana saja.. Tambah-tambah program realiti macam Masterchef Selebriti Malaysia ni..

#Tak sangka juga Norish Karman tersingkir malam ini.. Tak de rezeki dia untuk menjadi juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 !

Read more ...

Sunday, 12 May 2013

Datuk Aznil Hj Nawawi Tarik Diri dari Masterchef Selebriti Malaysia 2

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang tengok episod Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 malam ini, satu kejutan yang dipertontonkan ialah Pak Nil a.k.a Datuk Aznil Hj Nawawi terpaksa menarik diri kerana ingin memberi penuh perhatian kepada ibu yang sedang sakit.. Dalam kepala ini ingatkan dia yang akan jadi juara selepas Dr. Fazley, tetapi bukan rezeki dia sebab mengambil keputusan untuk menarik diri..

Episod malam ini sepatutnya menjadikan Michael Ang sebagai selebriti yang tersingkir, tetapi disebabkan penarikan diri Pak Nil, penyingkiran tersebut terbatal.. Selepas sahabat baiknya Sharifah Shahora terselamat sebelum ini, kini tiba masanya pula dia terselamat..

#Dengan sedih Aznil Haji Nawawi mengumumkan menarik diri dari Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2

Read more ...

Saturday, 11 May 2013

Michael Ang, Pak Nil, Syanie, Lydiawati ke pusingan penyingkiran MSM2 Episod 14

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ini merupakan Episod 13 program Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2.. Makin hari, makin nampak siapa yang menyerlah.. Antaranya ialah Celina bekas pengacara 3R.. Setiap minggu, dia diantara yang terpilih antara makanan yang terbaik.. Malam ini juga dia membuktikan dia antara yang terbaik kerana menjadi pemenang untuk episod malam ini yang mana akan mendapat tanggungjawab menjadi ketua kumpulan untuk sajian luar nanti..

Manakala Michael Ang, Datuk Aznil Haji Nawawi, Syanie dan Lydiawati akan ke pusingan penyingkiran esok! Siapamyang tersingkir, esok lah jawapannya iaitu di episod 14..

#Rasa macam nak demam.. Mungkin sebab tak cukup rehat lepas kerja penat 2, 3 hari ni..

Read more ...

Tuesday, 7 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Episod 12, Tiada Penyingkiran

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 12 merupakan episod yang tiada penyingkiran.. Akan tetapi, Sharifah Shahora hampir tersingkir.. Tetapi ketiga-tiga chef umumkan tiada penyingkiran.. Semalam untuk Sajian Luar yang diketuai oleh Datuk Aznil (Kumpulan Biru) dikalahkan oleh Kumpulan Merah yang diketuai oleh Norish Karman..

Selain Pak Nil, anggota Kumpulan Biru lain iaitu Kenchana Devi, Syura, Sahrifah Shahora, Rozita Che Wan, Sabhi Saddi dan Radhi OAG terpaksa ke pusingan penyingkiran.. Dalam 7 selebriti itu, hanya 4 yang akan memasak di pusingan penyingkiran.. Jadi, Sabhi Saddi, Sharifah Shahora dan Che Ta merelakan diri untuk ke pusingan penyingkiran.. Pak Nil sebagai ketua juga merelakan diri..

Jika dilihat selebriti yang tersingkir sebelum ini ialah semua lelaki.. Bermula dengan Yassin, Keroz Nazri, Zain Saidin, Sathia dan Afiq Muiz.. Siapa selebriti ke 6 akan tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2, kena la tunggu minggu depan.. Tengok daripada promo, macam menarik..

Read more ...

Saturday, 4 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Afiq Muiz Selebriti Ke 5 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ini merupakan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 Episod 9 dan 10 serentak berikutan esok, 05 Mei 2013 merupakan hari PRU - 13.. Terjawab tadi bahawa Afiq Muiz menjadi Selebriti Ke 5 yang tersingkir daripada Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2..

Sebelum itu, mereka semua telah mengharungi pusingan Kotak Saji Misteri yang mana perlu memasak menggunakan tiga bahan iaitu Pulut Hitam, Udang dan Kentang.. Pusingan tersebut menjadi milik Celina sebagai pemenang.. Manakala untuk pusingan Cipta Rasa pula bertemakan Burger.. Macam-macam jenis burger yang ditugaskan untuk dibuat.. Pemenang pusingan tersebut ialah Norish Karman sekaligus kena menjadi ketua kumpulan untuk pusingan Sajian Luar nanti..

Untuk pusingan penyingkiran Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 10 ini ialah Afiq Muiz, Sabhi Saddi, Radhi OAG, Lydiawati dan Sharifah Shahora.. Lydiawati mendapat masakan paling best dalam pusingan berkenaan manakala rezeki kurang sikit kepada Afiq Muiz kerana menjadi selebriti ke 5 yang tersingkir..

Read more ...

Tuesday, 30 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Sathia Selebriti Ke 4 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ini merupakan Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 Episod 8.. Terjawab Sathiya menjadi selebriti ke 4 tersingkir pada malam ini.. Sedia maklum semasa ujian berpasukan semalam, Kumpulan Merah kalah.. Jadi Kenchana Devi, Norish Karman, Radhi OAG, Afiq Muiz, Celina, Pak Nil, Sathia dan Enot terpaksa ke pusingan penyingkiran malam ini..

Malam Episod 8 Masterchef Selebriti Malaysia 2 nampaknya bukan rezeki Sathia kerana tersingkir.. Sebelum Sathia, Yassin, Keroz Nazri dan Zain Saidin telah tersingkir.. Manakala pemenang malam ini ialah tidak diumumkan... Hehe..

Read more ...

Sunday, 28 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Zain Saidin Selebriti Ketiga Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Terjawab sudah soalan bila Zain Saidin keluar atau tersingkir dalam Masterchef Selebriti Musim Ke - 2 ni.. Siapa yang tengok episod malam ini, memang nampak ketidakpuasan Zain Saidin terhadap juri iaitu Chef Jo, Chef Zubir & Chef Adu.. Apa yang dikatakan oleh Zain mungkin sedikit tidak patut.. Mungkin dia jenis yang terbuka, jadi terkeluarlah beberapa ayat yang tidak patut seperti penggunaan 'awak' yang ditujukan kepada ketiga-tiga chef dan tidak memberi peluang Chef bercakap..

Zain Saidin juga meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kemenangan Pak Nil a.k.a Datuk Aznil semalam sehingga mendapat imuniti kerana Pak Nil meminjam nasi dari Kenchana Devi.. Chef menjelaskan tentang situasi sebenarnya yang mana aktiviti pinjam meminjam sebenarnya melibatkan semua orang..

Secara kesuluruhan episod Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 memang hangat.. Scene last, Chef berbincang sesama mereka tentang hal tersebut... Untuk keseluruhannya, korang kena la tengok sendiri... Panjang berjela nanti kalau nak taip kat sini.. Hangat!

Read more ...

Saturday, 27 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 - Cik Ta, Zain, Lydiawati, Sathiya ke Pusingan Penyingkiran

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke - 2 bermula dengan pusingan pertama dengan beberapa amaran daripada Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.. Pertama sekali mereka di beri amaran supaya memahami pertandingan tersebut.. Mereka dilihat suka meminjam dan berkongsi bahan dan barang.. So mereka diingatkan supaya tidak buat camtu lagi..

Pusingan pertama Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 berasaskan itik nampaknya menjadi rezeki Pak Nil a.k.a Datuk Aznil.. Pusingan kedua pula nampaknya pusingan berpasangan.. Pak Nil diberi peluang memilih pasangan antara satu sama lain.. Paling dia nak tengok ialah Rozita berpasangan dengan Zain.. Istimewanya, Pak Nil tak perlu masak apa-apa.. Hadiah menang pusingan pertama..

Pusingan kedua pula nampaknya berasakan Durian dan Ayam! Dua pasangan tercorot akan masuk ke pusingan penyingkiran esok.. Cat Farish & Syura menang kategori Ayam manakala Kenchana Devi dan Radhi menang kategori Durian.. Keputusannya, Zain Saidin & Rozita serta Ludiawati dan Sathiya ke pusingan penyingkiran esok!

Siapa bakal menjadi selebriti ketiga tersingkir di Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2, jawapanya esok..

Read more ...