Monday 6 May 2013

Nasib baik hari ni OK ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ramai betul yang meletak harapan bahawa kerajaan mengumumkan hari ini, Isnin 06 Mei 2013 sebagai cuti umum atas alasan PRU 13 semalam.. Tetapi, sehingga pukul 3 pagi semalam, memang tiada langsung pengumuman itu.. Eraz sendiri tak letak harapan sebab Kelantan dah dapat cuti peristiwa semalam..

Nasib baik hari ni OK, tak de la mengantuk sebab semalam Eraz sendiri menunggu keputusan penuh sehingga pukul 3.00 am lebih.. Itu pun masih belum lagi lengkap keputusan.. Selangor masa tu, baru beberapa keputusan muncul.. PRU 13 kali ini tak macam PRU 12 yang lepas sebab keputusan banyak yang dapat dipaparkan lambat..

Tapi alhamdulillah, dapat bekerja dengan keadaan yang stabil walaupun tak cukup tidur.. So! Bersemangatlah semua untuk meneruskan pekerja hari ini.. 

Entri PRU - 13 sebelum ini :
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

10 comments:

  1. selamat bekerja...hari ni Farah cuti... he he he...

    ReplyDelete
  2. hari yang mengantuk...ingatkan cuti umum sampaikan anak pun tak pergi sekolah,,, huhu....
    tapi Tadika Pasti kat sini dorang bagi cuti peristiwa...

    ReplyDelete
  3. saya terpaksa drive dari kuala kangsar ke bagan datoh pagi-pagi buta. ingatkan cuti, terpaksa berkejar pulang untuk kerja.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.