Saturday 4 May 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Afiq Muiz Selebriti Ke 5 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ini merupakan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 Episod 9 dan 10 serentak berikutan esok, 05 Mei 2013 merupakan hari PRU - 13.. Terjawab tadi bahawa Afiq Muiz menjadi Selebriti Ke 5 yang tersingkir daripada Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2..

Sebelum itu, mereka semua telah mengharungi pusingan Kotak Saji Misteri yang mana perlu memasak menggunakan tiga bahan iaitu Pulut Hitam, Udang dan Kentang.. Pusingan tersebut menjadi milik Celina sebagai pemenang.. Manakala untuk pusingan Cipta Rasa pula bertemakan Burger.. Macam-macam jenis burger yang ditugaskan untuk dibuat.. Pemenang pusingan tersebut ialah Norish Karman sekaligus kena menjadi ketua kumpulan untuk pusingan Sajian Luar nanti..

Untuk pusingan penyingkiran Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 10 ini ialah Afiq Muiz, Sabhi Saddi, Radhi OAG, Lydiawati dan Sharifah Shahora.. Lydiawati mendapat masakan paling best dalam pusingan berkenaan manakala rezeki kurang sikit kepada Afiq Muiz kerana menjadi selebriti ke 5 yang tersingkir..

5 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.