Wednesday 29 May 2013

Minum air gula lagi ..

Minum air gula bagi wanita mengandung, Ujian MOGGT

Assalamualaikum w.b.t.. Minum air gula bagi wanita mengandung ataupun kalau nama sainstifiknya, ujian MOGGT.. Hari ni dah kali ke-3 isteri Eraz kena ke HUSM untuk buat ujian tu.. Minum air gula tu la.. Sebelum ni dah pergi dua kali, dan kedua-duanya gagal sebab muntah setengah jalan.. Kali ni pun sama, muntah juga.. So lepas ni, harap-harapnya tak payah la pergi terus..

Ujian ni bukan sebab isteri Eraz ada kencing manis, tetapi sebab sejarah keluarganya yang ada mengidap kencing manis.. Kalau ikutkan ujian biasa, takde kencing manis pun.. So, tak sure la lepas ni samada kena buat lagi sekali ujian MOGGT tu atau tak.. Terpulang selepas membuat check-up Selasa depan..

Sumber Gambar : CahayaCinta

17 comments:

  1. pekat giler air gula diakan?huhu

    ReplyDelete
  2. alamak kna tahan sikit la mmg xsedap air gula tu..minum perlahan2 la..

    ReplyDelete
  3. minum jer .....telan perlahan-lahan kalau nurse tak nampak buang kat sinki...pernah buat dulu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. main tipu tu.. hehe.. tapi kena minum depan nurse la... cmne tu.. hehe..

      Delete
  4. hurm... belum experience x tau nak comment... hu hu hu....

    ReplyDelete
  5. khas utk para ibu nih..=)

    semoga berjaya..inshaa Allah..

    ReplyDelete
  6. hmmm..since 1st preggy sampai la yg 3rd preggy skang ni, tak pernah ade pengalaman minum air gula lg. so tatau nk komen ape. hehehe. hopefully ur wife ok la nnt ye. btw, ur wife bila due? Mine is 17.07 :)

    ReplyDelete
  7. mujur la mengandung dua kali takpernah kena minum air gula..tak tahu rasanya apa..

    ReplyDelete
  8. x pernah dengar ujian ni . :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.